TOLONG BERI TAHU

Share |

TAY 1 Kalah Kepada MCA 1

MCA 1, MCA 2 milik syarikat dari Johor.

Nombor pendaftaran kenderaan “MCA 1” yang ditender pada harga RM300,100, harga tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini, dimiliki Asset Nusa Sdn. Bhd., sebuah syarikat dari Johor Bahru.

Syarikat yang sama juga berjaya mendapatkan nombor pendaftaran “MCA 2” yang ditender pada harga RM101,000, kata jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka.

gambar hiasan
"Kita akan menghantar surat jawapan kepada semua pembida yang berjaya dalam masa dua minggu dan selepas itu surat jawapan bagi mereka yang tidak berjaya turut dihantar secara berperingkat,” kata jurucakap itu kepada pemberita di ibu pejabat JPJ Melaka di sini hari ini.

INSA...
Orang ramai boleh datang melihat keputusan penuh tender nombor pendaftaran siri “MCA” yang dipamerkan di pejabat JPJ Melaka atau menyemaknya melalui www.jpj. gov.my.

Bidaan bagi nombor pendaftaran “MCA 1” itu mengatasi “TAY 1” yang sebelum ini ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.

p/s: Ada apa dengan nombor?

Rio Ferdinand Ucap Tahniah Buat Skuad Malaysia!

Final Piala Suzuki AFF: Malaysia akhiri kemarau 14 tahun dengan mengatasi skuad Garuda dengan agregat 4-2.



TWITTER (klik sini untuk lihat)
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0.


p/s: Tahniah MALAYSIA Ku

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

 

Siapa yang tak kenal Oh Media Network, tak payah main Facebook.

Memandangkan hari ini saya tidak ada banyak kerja untuk dibuat, maka saya tergerak hati unyuk menyertai contest ini. Sedikit pengenalan mengenai Oh Media...

Oh Media Network adalah sebuah syarikat berdaftar (registered with SSM Berhad) yang bertapak di KL, Malaysia. Memiliki ramai krew terlatih bergelar graduan hebat dari Multimedia University dan Limkokwing University.

Oh Media adalah web pioneer network yang paling dikenali di Malaysia pada ketika ini. Lebih dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan projek bernama “OH” di pangkal domain seperti Oh!Tidak, Oh!Artis, Oh!Islam dan banyak lagi.

10 sebab saya menyukai Oh! Media Network kerana:

1. Oh! Tidak yang memaparkan pelbagai warna-warni kehidupan (segala macam 18SG, SX, lawak) dalam masyarakat majmuk Malaysia.

basikal dari kemamanggg

 2. Blog-blog mereka ringkas tapi menarik...sedap mata memandang.

3. Up to date...memaparkan cerita, gambar & video gempak terkini.

4. Lain dari yang lain.

5. Cara mereka berbahasa juga spontan gilerrrr...

6. Suka tengok orang dok berebut komen 1st selepas Oh! Media post sesuatu kat wall diorang, hehe.

7. Tidak jemu melayari web diorang walau berulang kali.

8. Macam 7eleven, 24jam beroperasi untuk followers mereka. Kekadang ada yang komen "Admin oh media ni tak berehat ke?".

9. Nama founder Oh Media yang hampir sama dengan saya...hehehe.

10. Akhir sekali, jenama ini juga tampak lebih hebat bila Oh! Islam ada. Oh!Alhamdulillah.

Maka tidak hairanlah Oh! Media Fanpage di Facebook sudah mencapai 233,384 People Like This!



p/s: Kepada Gadis Lonely...i pun lonely jugak ni...

Bayi Kerap Menangis, Koma Dibaling Bapa

Mangsa bengkak di kepala tak sedarkan diri

Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, Melaka, Ahad lalu.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.

p/s: .......

iPad-Pengenalan, Fungsi & Kegunaannya

Ya, Apple iPad memang sebuah gajet yang terkenal dan mengundang rasa kagum. Tapi, intipati dari sebuah gajet adalah kegunaannya. Jadi, apa kegunaan Apple iPad sebenarnya?

iPad

Aplikasi

Sudah ada di dalam iPad adalah beberapa aplikasi bawaan dari Apple. Jika dibandingkan iPhone, aplikasi pada iPad adalah lebih banyak. Aplikasi-aplikasi tersebut, di antaranya adalah:

* Calendar - Calendar menangani fungsi-fungsi dasar sebuah organizer. Ini termasuk melihat jadual, membuat temujanji hingga melihat kegiatan seharian. Walaupun fungsinya biasa saja, Calendar memiliki penampilan yang sedap dilihat.

* Contact - Di sini semua data rakan dan keluarga dapat disimpan. Penampilannya yang seperti buku juga membuat aplikasi ini senang diguna.

* Maps - Aplikasi untuk mengakses Google Maps seperti pada iPhone. Layar yang lebih lebar membuat peta lebih luas, namun selebihnya ini adalah peta Google dengan featurenya yang standard dan sangat fungsional.

* Notes - Aplikasi ini digunakan untuk membuat catatan-catatan kecil. Jika pada iPhone aplikasi ini serupa dengan Post It, pada iPad aplikasi ini seperti memiliki sebuah nota kecil.

* Video - Menonton video pada iPad tidak seperti pada aplikasi iPod. Video menjadi aplikasi khusus untuk menyaksikan video yang dibawa dari iTunes.

* YouTube - Ya, memang browser Safari pada iPad tidak mempunyai Flash. Tapi setidaknya untuk menonton video YouTube, Apple telah menyediakan aplikasinya tersendiri.

* iTunes - Aplikasi ini digunakan untuk mengakses lagu-lagu digital dari iTunes.

* App Store - Aplikasi ini digunakan untuk membeli aplikasi di App Store. Kerana iPad belum berada dipasaran di sini, App Store di iPad juga belum dapat diakses dengan account iTunes Malaysia. Iya ke?

* Settings - Sesuai dengan namanya, ini adalah aplikasi untuk melihat pengaturan pada iPad. Termasuk pengaturan pada berbagai aplikasi yang ada.

* Safari - Browser bawaan dari Apple untuk mengakses laman web.

* Mail - Aplikasi client email bawaan pada iPad. Beberapa layanan email terkini dapat dibaca dari sini, misalnya Yahoo! atau Gmail.

* Photos - Tak perlu panjang lebar, ini aplikasi untuk melihat foto di dalam iPad.

* iPod - Memainkan muzik pada iPad dapat dilakukan pada aplikasi ini. Setelah musik diputar, pengguna dapat beralih ke aplikasi lain dengan muzik tetap bermain.



iPad untuk 'Melahap' Media

Senario pertama penggunaan iPad adalah memanfaatkan gadget tersebut sebagai pelahap media. Maksudnya, menggunakan iPad sebagai alat utama untuk menikmati berbagai isi yang ada.

Fungsi ini merupakan yang paling logik bagi iPad, mengingat ukuran layarnya yang cukup lebar (dibandingkan iPhone) serta kualiti gambar dan suaranya yang lebih lancar.

Selain video dan muzik, konsumsi media juga dapat dilakukan terhadap isi di dalam internet. Kitab Al-Quran dan majalah ternama, terutama yang berasal dari AS, seakan berlumba-lumba membuat aplikasi untuk iPad.

Aplikasi NYT Editor's Choice dari New York Times hingga 'majalah digital' dari Time termasuk diantara yang paling sedap dilihat. Pendekatan yang umum dilakukan adalah: menghadirkan gaya lembaran kertas dalam bentuk digital.

Apple pun telah menyiapkan iBooks (saat ini baru tersedia di AS) untuk menghadirkan isi buku di iPad. Ini yang membuat iPad kerap dibandingkan dengan Kindle, perangkat e-book reader dari Amazon. Oh ya, Amazon juga menghadirkan aplikasi Kindle untuk iPad.

Kesimpulannya: iPad sangat sesuai untuk melahap media. Fungsi ini disokong dengan bateri yang cukup baik serta kualiti layar yang jelas.

iPad untuk Main Game

Senario berikutnya adalah memanfaatkan iPad sebagai alat bermain game. Ini merupakan fungsi 'turunan' yang muncul akibat popularnya game pada iPhone dan iPod Touch.

Game-game iPhone dapat dijalankan di iPad, baik pada ukuran asli atau diperbesar. Efeknya jika diperbesar, kualiti gambar tentu akan terkabur. Beberapa game nampak 'kasar dan buruk' saat dimainkan di iPad.

Yang menariknya adalah game-game yang memang dibuat untuk iPad. detikINET mencuba beberapa game 2D seperti Godfinger serta Harbour Master HD untuk menjajal iPad. Hasilnya memang cukup menyenangkan kerana arena permainan terasa lebih luas.

Bicara soal game, iPad sekadar menjanjikan sebuah platform untuk bermain game. Sedangkan bagus tidaknya permainan yang dihadirkan akan sangat tergantung pada pengembangnya masing-masing.

Kesimpulannya: iPad cukup pantas dijadikan alat bermain game, meskipun biasanya akan terasa kekok jika dimainkan sambil dipegang di tangan. Kebanyakan game lebih menarik dimainkan sambil diletakkan di atas meja.

 
iPad untuk Bekerja?


Senario terakhir adalah memanfaatkan iPad sebagai alat produktiviti @ bekerja. Apple mendukung senario ini dengan menyediakan iWork (Pages, Numbers serta Keynote) pada iPad.

Bukan tidak mungkin, hanya saja masih banyak yang 'hilang' dari iPad untuk menjadikannya sebagai alat produktiviti utama. Pertama, keyboard, rasanya tidak mungkin menekan lebih dari 2 jam dengan menggunakan layar sentuh saja.

Ya, iPad memang dapat dihubungkan ke keyboard Bluetooth. Tapi menggunakan keyboard tambahan seperti mengurangkan hakikat iPad sebagai sebuah gadget yang mudah.

Kesimpulannya: Aplikasi pekerjaan tentunya akan terus berkembang di iPad, dan beberapa mungkin dapat dimanfaatkan secara optimum. Namun secara umum bekerja di iPad merupakan 'pilihan terakhir' yang sebaiknya hanya dilakukan semasa 'darurat' saja.

p/s: Anggaran Harga di Malaysia: Tanpa 3G. 16 GB $499 (RM 1714); 32 GB $599 (RM 2057); 64 GB $699 (RM 2400)

Kemalangan Bas Di Cameron Highlands-27 Terbunuh!

Kemalangan bas terburuk tahun ini!

Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala lima lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Berikut adalah identiti dan jantina mangsa yang terbunuh:


1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia

2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)

3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)

4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)

5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)

6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)

7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)

8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)

9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)

10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)

11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)

12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)

13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)

14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)

15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)

16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)

17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)

18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)

19. Rung Da (perempuan)

20. Darunee Songserm (perempuan)  -masih hidup

21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)

22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)

23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)

24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)


Gambar kemalangan:








Kereta Paling Jimat Minyak 2010


Dah sedia untuk menempah kereta pilihan anda? Berikut adalah senarai kereta paling jimat minyak di Asia yang dibawakan khas oleh Asian Auto-Mudah.my

Kategori: Compact City Cars

Hyundai i10 5.0 (litre/100km)
Proton Savvy 5.7 (litre/100km)
Kia Picanto 5.8 (litre/100km)

Kategori: Compact Premium Cars

Mini Cooper 5.8 (litre/100km)
Honda Jazz 6.4 (litre/100km)
Alfa Mito 6.5 (litre/100km)

 Kategori: Small Family Cars

Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km)
Proton Persona 6.75 (litre/100km)
Honda City 6.8 (litre/100km)

 Kategori: Luxury Family Cars

Nissan Sylphy 7.8 (litre/100km)
Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km)
Peugeot 407 8.1 (litre/100km)

 Kategori: Premium Family Cars

Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km)
Volvo S40 7.9 (litre/100km)
Toyota Camry 8.8 (litre/100km)

 Kategori: Executive Cars

BMW 320i 6.1 (litre/100km)
Audi A4 7.4 (litre/100km)
Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km)


Kategori: Premium Executive Cars

Citroen C5 8.9 (litre/100km)
BMW 525i 9.4 (litre/100km)
Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km)

 Kategori: Super Saloons

Audi A8 9.9 (litre/100km)
Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km)
Lexus LS460 11.1 (litre/100km)

 Kategori: Super Sport Cars

Lotus Exige 9.1 (litre/100km)
Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km)
Nissan 370Z 10.5 (litre/100km)

 Kategori: Super Sport Convertibles

Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km)
Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km)
Porsche Boxster 9.4 (litre/100km)

 Kategori: Performance Cars

Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km)
Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km)
VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km)

 Kategori: Pickup Trucks

Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km)
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km)

 Kategori: Compact MPV’s

Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km)
Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km)
Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km)

 
 Kategori: Luxury MPV’s

Mazda5 8.2 (litre/100km)
Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km)
Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km)

 Kategori: Compact SUV’s

Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Honda CRV 8.2 (litre/100km)
Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km)

 Kategori: Luxury SUV’s

Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km)
BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km)
Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km)

 Kategori: Hybrids

Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km)
Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km)

*kereta buatan Malaysia
 p/s: Belilah barangan buatan Malaysia ye!

Tak Nak!


Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit. 
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok. 
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok. 
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia. 
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik. 
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan. 
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang. 
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung). 
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
p/s: Banyak lagi benda lain yg boleh dihisap.

Susulan Mengandung 6 Bulan, Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid

"Sebenarnya kami sekeluarga tidak mengetahui Ain mengandung, malah kami terkejut apabila dimaklumkan doktor kandungannya berusia enam bulan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata Marlina Jemedi, 30, kakak kepada Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, mangsa tikaman 19 kali dan disimbah asid ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Katanya, janin berusia enam bulan itu sudah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Johor Bahru Jumaat lalu dan keluarganya kini memberi keutamaan dan sokongan kepada Nur Ain supaya cepat sembuh.
Nur Ain atau lebih dikenali sebagai Ain sebelum ini dilaporkan koma selepas ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah oleh seorang lelaki berusia 42 tahun dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, dekat sini, Khamis lalu.

Marlina berkata, keluarganya dimaklumkan doktor mengesahkan janin terbabit meninggal dunia dalam kandungan akibat kecederaan yang dialami pada rahim ibunya disebabkan kesan tikaman.

“Ain memang tidak pernah memberitahu kami dia berbadan dua, malah kami juga tidak menyangka kerana Ain seorang yang berbadan tinggi cuma kebelakangan ini badannya agak berisi.

“Hanya selepas kejadian ini, kami mengetahui Ain mengandung enam bulan dan apa yang kami tahu, Ain sudah bertunang dengan lelaki pilihan hatinya berusia 20-an pada April lalu yang direstui keluarga,” katanya yang enggan mengulas ketika ditanya mengenai kandungan adiknya dan menyerahkan perkara itu kepada polis.
Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang melawat mangsa di HSI berkata, pihak hospital memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk merawat dan memulihkan Nur Ain Ashikin.

“Keluarga Nur Ain Ashikin tidak perlu risau kerana HSI memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin, malah mereka juga tidak perlu risau dengan kos rawatan kerana kerajaan ada memperuntukkan perbelanjaan untuk membantu keluarga yang susah,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata suspek disambung reman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Tayar Naik Harga

Alamak! Produk berasaskan getah terutama tayar naik lapan peratus...
 

Syarikat Yokohama, Toyo, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Falken, Hankook dan Kumho mengumumkan kenaikan itu susulan peningkatan harga getah dan bahan mentah lain berasaskan petrokimia seperti getah sintetik dan karbon hitam yang menjadi bahan mentah utama menghasilkan tayar.


p/s: Aduhh Saleha...!

Penerbit Transformers Diboikot Negara Arab


Satu kabel WikiLeaks mendedahkan penerbit filem terkenal berketurunan Yahudi, Steven Spielberg dan yayasan miliknya, Righteous Persons Foundation diboikot oleh Liga Arab pada 2007.

Spielberg disenarai hitamkan oleh Pejabat Boikot Liga Arab selepas dia menderma sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta) kepada Israel semasa konflik bersenjata di Lebanon pada 2006.

Satu memo Kedutaan Amerika Syarikat yang didedahkan oleh WikiLeaks menunjukkan semasa persidangan Liga Arab pada April 2007, diplomat atau wakil dari 14 negara mengundi untuk menggantung semua filem dan produk-produk lain berkaitan dengan Spielberg atau yayasan miliknya.

Menurut memo itu, ketua jabatan pemboikotan serantau terhadap Israel dari Syria, Muhammad al-Ajami berkatam Algeria, Iraq, Lebanon, Kuwait, Libya, Maghribi, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu dan Yemen bersetuju untuk menggantung semua hasil kerja Spielberg.

Malaysia, Iran, Pakistan dan Indonesia yang turut hadir pada sidang itu menyokong keputusan itu. Memo dari Kedutaan Amerika di Damsyek ke Washington menyatakan bahawa 'negara tersebut dan negara lain akan melaksanakan penggantungan mereka sendiri, sama seperti yang diambil oleh negara Arab'.

Pada mesyuarat itu, syarikat Estée Lauder juga disenarai hitamkan manakala firma kewangan, Merrill Lynch diletakkan dalam 'senarai pengawasan'.

Negara Arab tunggal yang tidak menghadiri mesyuarat itu ialah negara yang memeterai perjanjian damai dengan Israel iaitu Mesir, Mauritania dan Jordan. Tidak hadir ialah Djibouti dan Somalia.

Jurucakap bagi Spielberg, Marvin Levy berkata, tatkala pihaknya tidak boleh memberi ulasan mengenai kabel yang dibocorkan rahsia itu, ia tahu bahawa filem-filem dan DVD telah dijual ke seluruh dunia menerusi saluran pengedaran biasa selama ini.

Jurucakap Majlis Pemahaman Arab-British, Chris Doyle berkata, boikot itu adalah reaksi yang boleh difahami sebagai tindak balas kepada derma Spielberg itu.

''Ia adalah konsisten dengan keputusan lain sebelum ini terhadap syarikat atau individu yang telah melakukan perkara sama.

''Sumbangan derma itu dilihat sebagai hipokrit di pihak Spielberg memandangkan pendirian etika yang diambil oleh Spielberg dalam isu lain termasuk Darfur, malah ia boleh mengakibatkan lebih banyak kemarahan.
''Malah pemaparan watak orang Arab dalam filem Raiders of the Lost Ark adalah sangat buruk, macam kartun dan penuh dengan stereotaip,'' katanya.

Spielberg menubuhkan yayasan Righteous Persons pada 1994. Menggunakan hasil keuntungan dari filem Schindler's List dan Munich, yayasan itu memberi tumpuan bagi mewujudkan masyarakat Yahudi yang teguh di Amerika Syarikat.

p/s: Optimus Prime tak bersalah dalam hal ni....hehe

Sabar Hadapi Ujian, Syurga Dijanjikan


Kesenangan, musibah sebagai cubaan untuk menilai kekuatan iman umat Islam

Seseorang yang ingin mengenalpasti sesuatu perkara atau benda, sama ada asli atau palsu, maka wajarlah terlebih dulu mengujinya dengan kaedah tertentu. Begitulah keadaannya keimanan yang terselit di dada seseorang, perlu sekali melalui proses ujian atau cubaan Allah untuk menilai sama ada teguh atau rapuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah yakin bahawa segala kesusahan atau pun kesenangan yang Allah berikan semuanya adalah ujian terhadap hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’, ayat 35)

Kita percaya masih ada segelintir di kalangan masyarakat Islam yang beranggapan seperti memiliki harta kekayaan yang banyak, rezeki melimpah ruah, berpangkat tinggi dan sebagainya adalah satu petanda Allah sayangkannya.


Anggapan mereka sebenarnya meleset sama sekali. Mereka belum cukup faham atau masih keliru mengenai konsep ujian Allah. Apa yang mereka miliki itu sesungguhnya adalah ujian untuk menilai sama ada ia tergolong dalam golongan orang bersyukur atau kufur.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28)

Umat Islam tatkala menerima kebaikan dari Allah pasti akan melahirkan rasa kesyukuran, seperti Nabi Sulaiman ketika menerima penyerahan singgahsana kerajaan Saba’ dari puteri Balqis, lalu Baginda mengucapkan: “Inilah sebahagian dari kurnia Tuhanku, sebagai ujian-Nya kepadaku, apakah aku bersyukur atau bersikap kufur.’ (Surah An-Naml, ayat 40)

Selain itu, Allah juga menguji manusia dalam bentuk kesusahan seperti sakit, miskin, gagal mencapai matlamat, kerugian dalam perniagaan, kebakaran dan lain-lain.


Allah memaparkan beberapa contoh ujian Allah dalam bentuk kesusahan seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Berpandukan ayat itu dapat dirumuskan bentuk ujian Allah iaitu ketakutan untuk menghadapi musuh Islam dan menghadapi hari mendatang.


Kelaparan, kerana ketiadaan makanan atau mungkin juga tidak mampu untuk mendapatkan makanan akibat harganya terlalu mahal, tanam-tanaman tidak menjadi disebabkan musim kemarau atau bencana alam lain.


Kekurangan harta disebabkan ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir besar dan taufan yang dahsyat serta hilang orang kesayangan disebabkan peperangan, bencana alam, serangan wabak penyakit dan kemalangan jalan raya.


Ternyata suasana yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang adalah satu ujian Allah. Namun hakikat yang pahit ini, masih ramai yang tidak sanggup untuk menelannya. Jika kefahaman kita sudah mendalam mengenai konsep cubaan Allah, dan memiliki iman yang utuh, sudah tentu hal ini dapat dihadapi dengan lapang dada, fikiran waras dan emosi terkawal.


Peranan kesabaran seseorang sangat penting dalam menghadapi situasi buruk yang memang tidak disukai ini. Sama-sama berbincang mencari jalan bagaimana untuk berdepan dengan keadaan ini seterusnya cara mengatasinya.


Jika masing-masing saling menuding jari, maka masalah tidak akan selesai, bahkan akan menambahkan lagi kekusutan yang ada. Akhirnya boleh menimbulkan persengketaan dan perpecahan dalam masyarakat yang tidak ada titik kesudahan.


Islam sudah menunjukkan jalan terbaik bagi menghadapi ujian Allah seperti bersabar seperti pesan junjungan besar Nabi SAW yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh setiap orang beriman.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Di samping itu orang Islam juga harus bertawakal kepada Allah tatkala menghadapi ujian Allah. Bertawakal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah yang menentukan.


Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)

Cubaan yang dihadapi Nabi Ya’kub kerana kehilangan Nabi Yusuf atas perbuatan busuk saudaranya, baginda bertawakal kepada Allah dengan penuh kehambaan sebagaimana tergambar dalam sepotong ayat yang bermaksud:

“Ia berkata: Hanya kepada Allah kesusahan, keresahan dan keperihanku ini aku adukan.” (Surah Yusuf, ayat 86)

Setiap orang Islam hendaklah sentiasa berikhtiar dengan penuh hikmah, mengikut syariat Islam, untuk mengatasi ujian yang menimpa dan supaya tidak berulang lagi pada masa depan. Elakkan daripada perasaan sedih, mengeluh, putus asa atau kecewa ketika berdepan dengan ujian Allah, sehingga sanggup menyalahkan takdir.


Seharusnya banyak bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah, itulah penolong yang sejati seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

Kita juga perlu insaf bahawa apapun ujian atau cubaan, semuanya menunjukkan bahawa Allah memelihara hamba-Nya supaya ingat selalu kepada-Nya. Seterusnya bagi orang kuat imannya, ia sangat berbahagia apabila berdepan dengan cubaan Allah kerana itu satu cara Allah menghapuskan dosa seseorang itu, jika dihadapinya ujian dengan kesabaran tinggi dan penuh keimanan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beginilah Allah memilih hamba-Nya untuk menghuni syurga-Nya di akhirat nanti, dengan memberi ujian sama ada kecil atau besar. Hanya orang yang kuat imannya saja yang layak mendapat kesejahteraan yang abadi.

Firman Allah yang bermaksud:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk ke dalam syurga, padahal belum kamu mengalami duka derita yang pernah dialami dan menimpa orang terdahulu sebelum kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Apabila seseorang sanggup menghadapi ujian Allah dengan tabah, sudah tentu imannya bertambah kuat dan mantap, sering bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan demi mencapai insan dikasihi Allah.


p/s: Mudah-mudahan diberkati dunia akhirat.


Mengandung 6 Bulan, Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid



Nurain Ashikin Jemedi

Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram di sini pagi kelmarin.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.

Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali.

Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.

“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid.

“Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.

“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.

p/s: Dunia semakin gila!

Apabila Kereta Menjadi...

Korang pernah tak terfikir apabila kereta diubahsuai menjadi......
.
.
.
.
Sofa



Meja Pejabat



Katil



Pasu Bunga



Meja Snuker



Motosikal Roda Tiga



Peti Sejuk



Helikopter



Kasut???



Pink Panther???

p/s: Sangat kreatif tapi....Kasut?? Kucing??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...