TOLONG BERI TAHU

Share |

Menu hari ini...Nasi goreng cendawan

nampak tak??

Nasi Goreng Cendawan


Bahannya:
2 pinggan nasi putih
2 biji telur
2 ketul ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah ] ditumbuk
2 ulas bawang putih ]
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (ikut suka)
8 keping cendawan-(dibelah 2/3 setiap keping mengikut sesesuaian)
½ tin cendawan bulat
2 batang sawi (sekiranya mahu)
Sedikit kacang peas-untuk hiasan
½ biji timun dipotong-untuk hiasan
sedikit serbuk lada sulah
Garam
ajinomoto (jika mahu)secukup rasa



Caranya:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang. Setelah garing, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacaukan.Setelah itu masukkan ayam, sos tiram, kicap, garam, gula dan ajinomoto. Gorengkan lagi dan masukkan pula cendawan, kubis dan sawi yang telah dipotong.Akhir sekali barulah masukkan nasi dan gorengkan rata-rata. Apabila sudah masak, bubuhkan dalam pinggan dan taburkan dengan kacang peas dan timun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...