TOLONG BERI TAHU

Share |

Beckham Tambah Koleksi Kereta




SETIAP peminat kereta pasti berasa puas andai berjaya memiliki koleksi kereta keluaran BMW, Ferrari, Lamborghini, Aston Martin, Porsche dan Hummer.

Namun, bintang bola sepak England, David Beckham, 34, tidak pernah puas dan terbaru dia mempamerkan koleksi terbarunya, sebuah kereta super keluaran Bentley berharga £165,000 (RM921,876) yang dihadiahkan oleh isterinya, Victoria.

Victoria, 35, membeli kereta itu selepas kelab bola sepak Beckham, LA Galaxy tewas dalam perlawanan akhir Piala Amerika Syarikat.

Beckham begitu gembira menerima hadiah itu dan menceritakan kehebatan kereta yang mampu mencapai kelajuan daripada 0 ke 96 kilometer sejam dalam tempoh hanya 3.6 saat.

Kereta Continental GT Supersport itu memiki kelajuan maksimum 326 kilometer sejam.

"Beckham terlalu gembira. Dia terlalu sayangkan koleksi keretanya," kata seorang teman.

Namun, berbanding dengan koleksi beg tangan Birkin bernilai AS$1.5 juta (RM5.089 juta) milik Victoria, koleksi Beckham itu kelihatan lebih berguna.

Namun, dengan koleksi pilihan yang begitu banyak, Beckham tidak memandu Bentley barunya untuk tempoh lama.

Selepas memandunya buat seketika, dia dilihat keluar dengan keluarga dengan menaiki kereta Cadillac Escalade menuju ke Nobu, Los Angeles.

Kereta terbarunya bukan Bentley pertamanya kerana sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenama itu dengan harga £170,000 (RM949,812) dan menghabiskan £70,000 (RM391,099) untuk memasang aksesori.

Bagaimanapun kereta itu ditinggalkan di England ketika dia berhijrah ke Sepanyol dan akhirnya kereta yang lengkap dengan peti sejuk, pemegang pintu bertatah berlian dan televisyen di tempat duduk belakang diiklankan untuk dijual .

Sejak berhijrah ke Amerika, Beckham kembali menambah koleksi keretanya.

Dia sering dilihat memandu Rolls Royce, Phantom Drophead Coupe hitam yang dibelinya dengan harga £300,000 (RM1.676 juta) dan digunakan untuk menjemput anak-anaknya dari sekolah.

Posh pula lebih suka memandu Porsche berharga £100,000 (RM558,713) yang sudah diubah suai dengan tandatangan di tempat kepala dan rim bertatah berlian.

Beckham turut memiliki kereta sama yang dibelinya dengan harga £200,000 (RM1.117 juta).

Bagaimanapun, setiap kali keluar dengan keluarganya, mereka lebih kerap dilihat memandu Jeep Wrangler yang berharga hanya £24,000 (RM134,091).

Beckham turut memiliki kereta Aston Martin, V8 dan DB7 selain kereta Lamborghini Gallardo yang berharga £120,000 (RM670,455).

Koleksinya dilengkapi kereta Ferrari, 360 Spider, F430, F550 dan 550 Maranello.
p/s: Banyak duit bolehla...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...