TOLONG BERI TAHU

Share |

Batu Nisan

Mungkin ramai yang tak tahu...

Batu nisan ataupun Batu Nesan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian.

Batu nisan/nesan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok.

Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Kebanyakkan batu nisan/nesan bagi perkuburan Islam diperbuat daripada Terrazo, Batu Marmar (Marble) dan Kayu Cengal. Catatan pada batu nisan/nesan amat berguna bagi ahli sejarah dan ahli keluarga (salasilah).

Sebuah pusara di perkuburan

Bagi umat Islam tedapat perbezaan diantara batu nisan/nesan seorang lelaki dan perempuan. Bagi nisan lelaki biasanya ia berbentuk bulat ataupun empat segi (seperti gambar di bawah) manakala bagi perempuan berbentuk leper/pipih (seperti gambar di atas).

Kepok juga dikenali sebagai "Binaan Pusara" dan "Kepungan Kuburan" pula merupakan satu binaan kecil yang di bina di atas liang lahad seperti makam bagi menandakan sesebuah pusara. Kini terdapat banyak kepuk jenis pasang siap telah digunakan secara meluas di tanah perkuburan Islam.

Contoh Kepok jenis pasang siap

Manfaat Pembinaan Kepok (jenis pasang siap) di Pusara:

  1. Supaya tidak dilangkah
  2. Mengikut saiz luas liang lahat
  3. Boleh dibuka kembali*
  4. Mudah dilihat
  5. Kaedah yang mudah & praktikal
  6. Sebagai kenangan abadi
  7. Maqam bagi Jasad

*Kepok pusara ini boleh dibuka semula, jika tanah perkuburan itu telah penuh, dan dengan ini tidak menimbulkan sebarang masaalah untuk menempatkan mayat yang baru.

Maklumat Pada Batu Nisan

Ramai para pelanggan yang datang ke premis kami sering bertanya, apakah maklumat (si mati/arwah) yang diperlukan ketika membuat tempahan batu nisan.

Gambar di bawah ini merupakan contoh maklumat si mati yang sering pihak kami letakkan pada setiap tempahan batu nisan yang dibuat di premis kami.

Maklumat pada batu nisan

Jika anda tidak biasa dengan tulisan jawi, di bawah ini (bertulisan gelap) merupakan terjemahanya.

Al-Fatihah
Al-marhum (lelaki) / Al-marhumah (perempuan)

Nama Si Mati (Tulisan Rumi)
Nama Si Mati (Tulisan Jawi)
Tarikh Lahir ataupun Usia Si Mati
Kembali ke rahmatullah
Tarikh Meninggal (Kalendar Hijrah)
Tarikh Meninggal (Kalendar Masihi)
Amin

ehsan: www.nisanworld.com

2 comments:

  1. Salam,

    Bila tengok gambar2 ni ingat masa nak ke sana amat2lah dekat..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, semoga roh2 mrk yg telah pergi dicucuri rahmat...
    Al-Fatihah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...