TOLONG BERI TAHU

Share |

Bunuh Isteri Ketika Tidur


Cekik mangsa kerana mimpi van diceroboh


SWANSEA: Seorang lelaki berdepan dengan tuduhan membunuh isterinya, memberitahu mahkamah di sini kelmarin, dia mencekik pasangannya ketika berjalan dalam tidur.

Bapa kepada dua anak, Brian Thomas, 59, dan isterinya Christine, 57, sedang tidur di dalam sebuah van yang diletakkan di tempat letak kereta ketika mereka sedang makan angin Julai tahun lalu.

Thomas berkata, dia bermimpi penceroboh memasuki van mereka dan bergelut dengan penceroboh itu lalu mencekiknya.

"Saya bermimpi bergelut dengan mat rempit yang mengganggu kami di tempat letak kereta lain. Saya sangkakan budak-budak itu menceroboh van kami tetapi selepas sedar saya terperanjat melihat isteri saya yang menjadi mangsa.

"Saya bermimpi dan selepas sedar, saya terperanjat dengan apa yang saya lakukan,' katanya di mahkamah Swansea.

Selepas polis tiba, Thomas memberitahu mereka: "Saya membunuh orang yang saya sayangi."

Thomas memberitahu polis sebelum kejadian itu beberapa 'mat rempit' mengganggu ketika pasangan itu meletakkan kereta di tepi laut di of Aberporth, barat daya Wales.

Pegawai pendakwa, Paul Thomas QC, berkata: "Tertuduh yakin seorang daripada mat rempit itu menceroboh dan bergelut dengannya.

"Mungkin benar dia bermimpi kerana tidak ada penceroboh dalam van itu dan orang yang dicekik ialah isterinya sendiri."

Beliau berkata pihak pendakwa tidak mahu mensabitkan kesalahan membunuh ke atas Thomas kerana daripada keterangan perubatan dia mengalami masalah berjalan dalam tidur yang kronik.

"Ini kes luar biasa. Tertuduh mengaku membunuh isteri dan pihak pendakwa tidak mahu keputusan sabit kesalahan dijatuhkan atas tuduhan membunuh atau membunuh tanpa niat." katanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...