TOLONG BERI TAHU

Share |

Hati-Hati Dengan Jus Alkohol

Masya-Allah....Sekarang ni macam-macam produk makanan yang meragukan dijual kepada umum dan yang terbeli pula tidak lain tidak bukan, umat Islam sendiri.

Hari ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli sejenis minuman ringan jus buah-buahan kerana ia mengandungi alkohol yang boleh memabukkan. (Hari esok? Lusa?)


Jus itu mengandungi antara empat hingga enam peratus alkohol. Walaupun pengeluar minuman melabel kandungan peratus alkohol, tapi sukar melihatnya kerana kurang jelas.

Tolonglah kerajaan dan kementerian berkaitan~! Tolong jalankan kajian terhadap minuman itu dan keluarkan garis panduan kepada peniaga agar tidak menjualnya kepada pelajar dan remaja bawah umur. Tak pun, haramkan terus daripada beroperasi. Tegas la sikit!

Info Jus - klik sini


2 comments:

  1. Salam Insakhai,

    kak copy jus tu ke blog kak.. http://harmoniinn.blogspot.com/2009/11/hati2-dengan-jus-alkohol.html, mudah2an dpt dipanjangkan utk makluman semua pengunjung blog kak..

    Macam2 perkara mereka buat utk melalaikan umat Islam.. mudah2an kita selalu aware akan hal ini.

    ReplyDelete
  2. salam kak werdah,

    silakan kak...mudah2an kita x tertipu, insyaallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...