Marlina berkata, keluarganya dimaklumkan doktor mengesahkan janin terbabit meninggal dunia dalam kandungan akibat kecederaan yang dialami pada rahim ibunya disebabkan kesan tikaman.
“Ain memang tidak pernah memberitahu kami dia berbadan dua, malah kami juga tidak menyangka kerana Ain seorang yang berbadan tinggi cuma kebelakangan ini badannya agak berisi.
“Hanya selepas kejadian ini, kami mengetahui Ain mengandung enam bulan dan apa yang kami tahu, Ain sudah bertunang dengan lelaki pilihan hatinya berusia 20-an pada April lalu yang direstui keluarga,” katanya yang enggan mengulas ketika ditanya mengenai kandungan adiknya dan menyerahkan perkara itu kepada polis.
Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang melawat mangsa di HSI berkata, pihak hospital memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk merawat dan memulihkan Nur Ain Ashikin.
“Keluarga Nur Ain Ashikin tidak perlu risau kerana HSI memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin, malah mereka juga tidak perlu risau dengan kos rawatan kerana kerajaan ada memperuntukkan perbelanjaan untuk membantu keluarga yang susah,” katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata suspek disambung reman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment