TOLONG BERI TAHU

Share |
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tips Mengandung


Suka sangat blog ni..! Kepada rakan2 yang ingin/susah untuk menimang cahayamata boleh refer di laman ini BLOG PakarHowTo (sila klik). macam2 tips yang ada dari ingin mendapat anak kembar sampailah kepada yang nak color putih, coklat, hitam...hehehe...


p/s: Selain itu, ada juga pelbagai tips2 lain untuk dikongsikan bersama..singgahlah

Alhamdulillah...Akhirnya...

Kita akan dapat BABY!


Berkat usaha, tawakal & doa....Syukur padaMu Ya Allah!

p/s: semoga sihat ibu & anak (skrg baru masuk 6 minggu)

Kostum Halloween Yang Melampau (18SX)

suicide kid

Melampau

camel toe

Bodoh

When a Costume is Just Wrong 7

Paling gila!


Obama-Mask

Obama pun jadi mangsa


toddler_coolideas_costume_girl


bloodytamponninja

Pengotor


doll_box
Sumpah jadi patung baru tau


halloween 3 blog


funny-baby-costume

Kesian baby ni...mangsa keadaan


amy whinehouse


p/s: Don't ever try this...HARAM

Misteri Kampung Kembar


SEBAHAGIAN daripada 220 pasangan kembar perkampungan Kodinhi bersama keluarga mereka.

Fenomena pelik di sebuah kampung kecil di India cetus tanda tanya

KAMPUNG anak kembar. Inilah gelaran paling layak bagi sebuah perkampungan di India yang memiliki lebih 220 pasangan kembar pelbagai peringkat umur.

Fenomena pelik tetapi satu realiti itu berlaku di perkampungan Kodinhi, di pedalaman Kerala, yang bukan saja mencipta kejutan tersendiri, tetapi turut membingungkan kalangan pegawai perubatan.

Angka 220 pasangan kembar bagi sebuah perkampungan yang dihuni kira-kira 2,000 keluarga sememangnya menakjubkan kerana nisbahnya yang enam kali lebih tinggi berbanding purata kelahiran kembar pada peringkat global.

Apa yang berlaku di Kondinhi hanya mengulangi kejadian sama di sebuah perkampungan di Pur Umri, dekat Allahabad, pada 2004 lalu yang mana satu bagi setiap 10 kelahirannya juga kembar.

Jika dilihat secara keseluruhannya di India, kelahiran kembar bagi setiap 1,000 penduduk di negara itu adalah pada kadar 45 bayi bagi setiap 1,000 kelahiran. Oleh itu, apa yang berlaku di Kondinhi disifatkan sebagai amat menghairankan.

Di perkampungan ini, seramai 15 pasangan kembar dilahirkan daripada kira-kira 300 kelahiran pada tahun lalu. Malah, keajaiban itu tidak terhenti setakat itu apabila lebih ramai lagi pasangan kembar dijangka dilahirkan tahun ini.

Oleh itu, jika berkesempatan mengunjungi Kondinhi, jangan terkejut jika anda melihat ramai berwajah seiras yang usianya dalam lingkungan sebulan hingga 65 tahun.

Malah, pasangan kembar bermain atau berjalan sekitar perkampungan Kodinhi di daerah Maluparam, selatan India itu sudah menjadi satu pemandangan biasa di sini.

Dalam tempoh lima tahun lalu, misalnya, seramai 60 pasangan kembar dilahirkan dan angka itu bukannya berkurangan, sebaliknya terus meningkat saban tahun.

Menyedari keunikan kampung mereka, sekumpulan penduduk bertindak mewujudkan Persatuan Anak Kembar atau ringkasnya, Taka.

“Persatuan ini ditubuhkan bagi tujuan mengumpul dan memberi bantuan kepada pasangan kembar serta keluarga mereka,” kata Puallani Bhaskaran, 50, Presiden Taka serta bapa sepasang kembar lelaki.

Apakah punca fenomena ini? Apakah pada diet atau makanan diamalkan penduduk itu atau mungkinkah mereka ada rahsia tersendiri yang memungkinkan kejadian pelik ini?

Buat masa ini, bukan saja orang biasa seperti kita sukar mentafsirkan kejadian pelik ini, tetapi pakar perubatan seperti Dr Krishnan Sribiju yang sudah terbabit dalam penyelidikan kelahiran kembar, termasuk di Kodinhi juga kehairanan.

Baginya, apa yang pasti, beliau tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar pasangan kembar di Kondinhi itu jauh lebih tinggi daripada 200 pasangan yang didaftarkan secara rasmi di perkampungan itu.

Dr Sribiju juga yakin angka sebenar pasangan kembar di sini mungkin antara 300 hingga 350 pasangan. Anehnya, bilangan kelahiran kembar itu bukannya berkurangan sebaliknya terus meningkat setiap tahun.

Kalangan penduduk mendakwa fenomena itu berlaku sejak tiga generasi lalu tetapi Dr Sribiju, sebaliknya menganggarkan ia mungkin berlaku kira-kira 60 hingga 70 tahun lalu.

Biarpun bersandarkan ilmu perubatan, Dr Sribiju mengakui kesukaran merungkai misteri berkenaan kerana tidak mempunyai kemudahan seperti peralatan analisis kimia bagi meleraikan fenomena itu.

“Mungkin juga ia ada kaitan dengan aspek pemakanan serta air yang diminum penduduk perkampungan Kondinhi. Tetapi ini pun cuma andaian, bukannya satu kepastian,” katanya dipetik media tempatan.

Pakar perubatan itu juga menolak kaitan pasangan kembar ramai itu dengan pencemaran bahan asing berikutan keadaan kembar yang dilahirkan sihat serta sempurna tanpa sebarang kecacatan.

Lebih mengelirukan, tiada sebarang bantuan perubatan bagi kehamilan seperti kaedah rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) kerana kebanyakan penduduknya miskin.

Fakta perubatan menunjukkan kebanyakan kelahiran kembar membabitkan ibu berusia lanjut, tetapi di Kondinhi, sebahagian besar ibu beranak kembar ini masih muda kerana ramai yang berkahwin pada usia 18 hingga 20 tahun.

Satu lagi fakta perubatan menyatakan, kebanyakan ibu yang melahirkan anak kembar mempunyai ketinggian lebih 5 kaki 3 inci tetapi di Kondinhi, ibu pasangan kembar itu kira-kira 5 kaki.

Kesemua fakta ini membuktikan apa yang berlaku di Kondinhi sememangnya satu fenomena pelik, bukan saja dari sudut sains dan perubatan tetapi juga sosial.

Apa yang menarik, siapa pun tidak menduga, kampung yang serba serbi mundur dan miskin dengan kedudukannya yang jauh di pedalaman, sebaliknya mewah dengan barisan pasangan kembar yang sekali gus mempopularkan Kondinhi di kalangan masyarakat asing.

INFO: Fakta kembar

  • Purata 125 juta kembar di seluruh dunia
  • Nigeria mencatat bilangan kembar tertinggi di dunia iaitu satu bagi setiap 20 kelahiran yang dikaitkan dengan makanan utamanya, keladi yang mengandungi bahan penggalak kesuburan
  • Penduduk kulit hitam menjadi etnik miliki anak kembar tertinggi iaitu 1 : 77 kelahiran
  • Di Amerika Syarikat, nisbah kelahiran kembar adalah 1:80 kelahiran
  • Nisbah kembar tiga 1 :10,000 kelahiran
  • Sejarah masyarakat China sebelum ini menyifatkan kelahiran kembar sebagai memalukan
  • Wanita berusia 35 hingga 39 tahun lebih berpeluang besar memiliki anak kembar berbanding ibu muda

Puting Susu Yang Menarik

Jahatnye mak diorang...... :-)
Sakit perut aku....:-)




Badan Dipenuhi Lakaran Ayat Suci Al-Quran


lakaran di kaki Ali

SEORANG bayi sembilan bulan di pedalaman Kizlyar, Dagestan di selatan Russia, menjadi tumpuan ramai berikutan kemunculan lakaran petikan ayat suci al-Quran pada beberapa bahagian tubuhnya.

Kemunculan petikan ayat suci al-Quran berwarna merah jambu pada badan Ali Yakubov, bersilih ganti setiap dua kali seminggu iaitu Isnin dan malam Jumaat, yang berlaku seawal kelahirannya tetapi menjadi semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.
Ia timbul pada beberapa bahagian badan Ali seperti di belakang, kaki, perut dan tangannya sebelum pudar, lenyap dan muncul di bahagian lain.

Antara maksud lakaran itu termasuk ‘Allah Maha Besar’ dan ‘Allah yang menciptakan semua ini.’

Kejadian pelik yang turut disiarkan di internet itu bukan hanya mencetuskan tanda tanya ramai sehinggakan ada yang sanggup bertandang ke rumahnya setiap hari, tetapi juga misteri kepada pakar perubatan Russia yang sehingga kini belum dapat merungkai fenomena berkenaan.

Ali bersama ibunya Madina dan bapa, Shamil.

Keluarga dan orang ramai menganggapnya satu keajaiban membuktikan kebesaran Allah SWT, apalagi di wilayah yang sudah lama bergelut dengan konflik berdarah antara pihak berkuasa Russia dan pemisah Islamnya, termasuk kejadian serangan bunuh diri yang mengorbankan ramai.

Pakar perubatan juga menafikan lakaran itu mampu menjelma sendiri atau ditulis seseorang, ketika pihak lain yang meraguinya menganggapnya satu masalah alahan kulit. Tidak kurang pula yang menuduh ia angkara ibu bapa Ali, Shamil dan Madina yang menggunakan cecair campuran lada dan garam bagi menjadikan Ali ‘bayi ajaib.’

Apa yang pasti, setakat ini, sekurang-kurangnya 2,000 orang sehari, berpusu-pusu mengunjungi rumah Ali setiap sejak berita kejadian pelik itu tersebar, termasuklah pakar perubatan dan wartawan pertubuhan media asing yang menyaksikan sendiri lakaran ayat suci pada kulit bayi comel berkenaan.

Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa mengawal rumah Ali bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Ali menjadi tumpuan ramai

Bagi ibunya, Madina, beliau mempunyai kisah tersendiri di sebalik fenomena yang dialami anak keduanya itu.

“Ali lahir tidak cukup bulan dan disahkan pula menghidap penyakit jantung serta kulitnya yang terlalu nipis sehingga menampakkan bahagian ususnya. Doktor ketika itu meramalkan dia hanya mampu hidup dua atau tiga hari selepas dilahirkan.

“Di celah kesedihan dan kebimbangan itu, kami perasan lakaran Allah pada dagunya tetapi menganggapnya satu tanda lahir. Tidak disangka pula, berkat doa kami kepada Allah SWT dan dengan kemunculan ayat suci itu, kami dikejutkan berita Ali pulih daripada semua penyakit itu.

“Malah, doktor yang merawatnya juga kehairanan bagaimana penyakit yang boleh meragut nyawanya itu, mampu lenyap begitu saja. Buktinya, Ali mampu hidup sehingga ke hari ini,” kata Madina yang dipetik media tempatan dan antarabangsa.

Menurut Madina, Ali lazimnya mengalami demam panas sebelum dan ketika kemunculan petikan ayat suci berkenaan. Anak kecil itu juga sering menangis selain lebam pada bahagian tertentu badan yang disusuli dengan kemunculan petikan ayat suci.

Anehnya, biarpun diberi ubat, demam dialami Ali itu tidak kebah dan lazimnya hilang sendiri selepas kemunculan ayat suci berkenaan.

“Kami menganggapnya satu keajaiban serta peringatan daripada Allah,” kata Madina.

Pemimpin Kizlyar, Sagid Murtazaliyev, pula menyifatkan kejadian itu satu pesanan Allah SWT kepada penduduk supaya kembali mengamalkan tuntutan agama dan mengingati konflik berdarah di kawasan itu.

Ya Allah! Selamatkanlah Danea Nur

Rasanya dah 2 hari kami x update blog ni. Bkn apa, kami sibuk sekarang ni. Sibuk dgn kerja. Kerja plak beratur menunggu utk disiapkan. Kalau ikutkan hati, nak siapkan semua. Tapi tangan duk kata, "sudahla, letih benor dh aku" sambil disokong oleh kepala yang pening ni. Alah...xpe, kerja tetap kerja, janji duit masyuk.

Insa bukan nak cerita pasal kesibukan Insa sebenarnya tapi, Danea Nur yang tiba2 jatuh sakit, demam panas kata doktor. Sampai 38.5 darjah celcius suhu dia...Bahaya memang bahaya, sampai nak diambil air tulang belakang dia. Patutla asyik menangis je malam klmarin. Tapi Insa pelik sebab sebelum tu ok je. Mummy dia kata Danea nangis mcm nmpak hantu. Xpernah Insa dengar Danea nangis mcm tu. Mummy dia pun ikut skali nangis. Gubra Insa dibuatnya, iyelah ibu mana yg xsyg anak (tp ada jugak yg sgup bunuh anak mcm dlm surat khabar hari ni).

Danea, 1hari sebelum demam

Insa pun baca la ayat Kursi 2,3 kali, tp makin kuat Danea menangis. Xboleh jadi ni, haru biru suasana dlm rumah Insa mlm tu, Danea menangis, mummy dia pn nangis. Insa pn teringat dekat abah Khai(abah Khai arif skit bab2 mengubat org ni). Insa tepon mceritakan hal yang berlaku. Abah nak baca ayat, dia suruh letak handfon dekat telinga Danea, tp Insa tekan loudspeaker supaya senang nk tau bila habis. Makin kuat Danea nangis, makin kuat jugalah abah membaca ayat, mummy dia pn sama smbil memeluk erat Danea. Sungguh sebak dada Insa masa tu.

Setelah selesai, Danea pn bhenti menangis. Abah kata mgkin ada makhluk lain yg nk bermain dgn Danea, Insa dah agak dh. Patutla berdiri bulu roma tengkuk Insa masa Danea bhenti mnangis. Kesian Insa tengok Danea, bkn apa, baru 20hari melihat dunia. Insa......tertidur ketakutan.....

Danea dimasukkan ke hospital akibat daripada kejadian tersebut. Doktor terpaksa mengambil air tulang belakang dia, tapi kami sekeluarga x bagi, bimbang effect dikemudian hari. Doktor pn masukkan Danea ke wad NICU untuk diberi antibiotik selama 10 hari. Danea tak berhenti menangis masa tu. Muka Danea pucat sgt...........Danea oh Danea.....

Sama-samalah kita doakan Danea Nur agar cepat sembuh.

Menguruskan Uri/Tembuni

Assalamualaikum....ni nak kongsi pengalaman sikit pasal cara2 nak menguruskan uri ni. Mula-mula Khai macam tak tahu nak buat apa jugak bila disuruh uruskan uri ni tapi disebabkan nawaitu nak tolong kakak (beranak anak sulung) so, takda masalahla. Ada macam-macam pendapat serta pantang larang yang berkait dengan nenek moyang dalam pengurusan uri ni tetapi Khai laksanakan apa yang aku rasakan perlu (pastu telefon tanya abah) serta tidak dikategorikan sebagai syirik atau khurafat.

Apa dia uri?

Emm.. selain dipanggil uri ianya disebut juga sebagai tembuni, placenta dan ada juga yang menggelarkannya sebagai qarin. Berkaitan dengan qarin Khai kurang pasti kerana apa yang aku tahu qarin adalah satu makhluk yang ada disetiap anak adam apabila lahir. Kiranya macam jin jugaklaa. Tentang uri pula berdasarkan apa yang Khai tengok adalah sesuatu yang lahir bersama bayi dan dinasihat supaya diuruskan dengan baik kerana ianya darah daging kita juga. Pada uri tu sendiri pun ada darah dan daging. Kedudukan uri tu boleh kita tengok dalam gambarajah yang kat atas tu. Sampai situ sahaja pemahaman Khai. Sekiranya diikutkan ada banyak lagi pemahaman-pemahaman lain tetapi bagi Khai macam dah tersasar terlalu jauh hingga boleh menimbulkan syirik pulak.



Membasuh Uri


Ada yang kata tak basuh pun tak menjadi masalah tapi secara rasionalnya bagi Khai seeloknya dibasuh dan dicuci dengan bersih (bersih pada kacamata individu). Macam kita urus mayat juga. Bukankah sebelum ditanam ianya dimandikan dulu. Rasanya macam tak selesa pulak kalau nak ditanam dengan darah-darah yang melimpah tu. Biasanya orang lumurkan dengan garam dan asam jawa bagi menghilang bau hanyir. Untuk pengalaman Khai sendiri masa first time tengok uri ni dengan darah-darah yang melekat tu macam geli pun ada tapi bila dah mula pegang dan membasuh haa.. masa tu dah tak kira apa dah.. lama jugak proses membasuh untuk menghilangkan darah tu. Apapun segalanya ikut kemampuan sendirila..



Menanam Uri


Sebelum ditanam seeloknya uri tu diletakkan terlebih dahulu didalam sesuatu benda yang memungkinkan binatang tak dapat untuk mencapainya. Jadi mengikut pengalaman Khai pulak aku bungkuskan dengan kain bersih ( ada yang guna kain putih macam urus mayat tu) kemudian diletakkan dalam periuk tanah. Tahu apa periuk tanah? heh.. kalau kat kampung-kampung ada juga yang letak dalam tempurung kelapa. Lepas tu cari mana-mana kawasan yang sesuai untuk ditanam. Untuk mereka yang tinggal dibandar mungkin agak sukar nak jumpa tanahkan, jadi kebanyakkan mereka tanam disekitar masjid. Tanam di masjid ni bukan satu kemestian cuma biasanya kawasan masjid ni tanah waqaf jadi takde masalah nak menggali dan menanam. Kalau sebarang-sebarang kawasan nanti ada pulak kena saman. heh. aku tanam depan rumah mak Insa jee..



Beberapa hal yang boleh jatuh syirik dan khurafat


Emm.. ini berkenaan proses untuk menanam. Ada yang kata kena letak pensillaa, pakulaa dan kalau nak bagi dia terer main bola letak bola sebijik dalam tu. Huh! Jadi sesiapa yang nak anak jadi macam Bill Gates bolehla letak Laptop satu pastu bagitau Khai kat mana korang tanam ye.. Khai dah tanya beberapa ustaz dan menurut mereka benda-benda tu takde kaitan langsung pun tetapi hanya kepercayaan nenek moyang sahaja. Satu lagi pasal nak menanam kena pakai smart, baju kot pastu ada kawasan-kawasan yang spesifik emm.. jangan diikutkan sangat kerana bolah jatuh kepada perlakuan syirik dan khurafat dah tu.

Khai hanya berkongsi pengalaman serta dari apa yang Khai tahu. Sekiranya sesiapa ada nak tambah sila nyatakan di ruangan komen. ok.

Huhu...dapat anak sdara baru....so cute!

welcome home girl...


hari ke-4


hari ke-3

hari yang ke-2

beberapa jam selepas lahir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...