TOLONG BERI TAHU

Share |
Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

Kemalangan Bas Di Cameron Highlands-27 Terbunuh!

Kemalangan bas terburuk tahun ini!

Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala lima lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Berikut adalah identiti dan jantina mangsa yang terbunuh:


1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia

2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)

3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)

4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)

5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)

6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)

7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)

8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)

9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)

10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)

11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)

12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)

13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)

14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)

15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)

16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)

17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)

18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)

19. Rung Da (perempuan)

20. Darunee Songserm (perempuan)  -masih hidup

21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)

22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)

23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)

24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)


Gambar kemalangan:








Susulan Mengandung 6 Bulan, Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid

"Sebenarnya kami sekeluarga tidak mengetahui Ain mengandung, malah kami terkejut apabila dimaklumkan doktor kandungannya berusia enam bulan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata Marlina Jemedi, 30, kakak kepada Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, mangsa tikaman 19 kali dan disimbah asid ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Katanya, janin berusia enam bulan itu sudah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Johor Bahru Jumaat lalu dan keluarganya kini memberi keutamaan dan sokongan kepada Nur Ain supaya cepat sembuh.
Nur Ain atau lebih dikenali sebagai Ain sebelum ini dilaporkan koma selepas ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah oleh seorang lelaki berusia 42 tahun dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, dekat sini, Khamis lalu.

Marlina berkata, keluarganya dimaklumkan doktor mengesahkan janin terbabit meninggal dunia dalam kandungan akibat kecederaan yang dialami pada rahim ibunya disebabkan kesan tikaman.

“Ain memang tidak pernah memberitahu kami dia berbadan dua, malah kami juga tidak menyangka kerana Ain seorang yang berbadan tinggi cuma kebelakangan ini badannya agak berisi.

“Hanya selepas kejadian ini, kami mengetahui Ain mengandung enam bulan dan apa yang kami tahu, Ain sudah bertunang dengan lelaki pilihan hatinya berusia 20-an pada April lalu yang direstui keluarga,” katanya yang enggan mengulas ketika ditanya mengenai kandungan adiknya dan menyerahkan perkara itu kepada polis.
Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang melawat mangsa di HSI berkata, pihak hospital memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk merawat dan memulihkan Nur Ain Ashikin.

“Keluarga Nur Ain Ashikin tidak perlu risau kerana HSI memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin, malah mereka juga tidak perlu risau dengan kos rawatan kerana kerajaan ada memperuntukkan perbelanjaan untuk membantu keluarga yang susah,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata suspek disambung reman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Mengandung 6 Bulan, Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid



Nurain Ashikin Jemedi

Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram di sini pagi kelmarin.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.

Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali.

Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.

“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid.

“Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.

“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.

p/s: Dunia semakin gila!

Musim Cuti Penggal Kepala

BEIJING: Polis di barat daya China menangkap seorang lelaki yang disyaki memenggal seorang bapa dan empat anaknya dalam kejadian pembunuhan kejam terbaru di negara itu.

Deng Xueyun ditangkap di wilayah Guizhou semalam, 17 jam selepas didakwa membunuh jirannya Deng Zhaoxiang, 40, dan empat anaknya, lapor akhbar Beijing News.

Mangsa dipenggal di luar kediamannya di Lushan sementara dua anak perempuan dan dua anak lelakinya dibunuh ketika tidur.Kanak-kanak itu berusia antara enam dan 11 tahun.

Menurut laporan itu, suspek adalah jiran mangsa. Bagaimanapun tidak jelas sama ada mereka mempunyai talian kekeluargaan.

Pembunuhan itu adalah yang terbaru berlaku di China sejak beberapa minggu lalu.Pada 13 Disember lalu, seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa menembak dan memenggal 12 anggota sebuah keluarga di kawasan hutan di wilayah Hunan, tengah China. Lelaki berkenaan turut membakar rumah beberapa penduduk.

Awal bulan ini, polis di barat daya China menangkap seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu bapanya dan empat anggota keluarganya yang lain selepas melarikan diri dari sebuah hospital sakit jiwa di wilayah Yunnan.

Hujung November lalu, polis di wilayah Hainan menangkap seorang lelaki yang membunuh kedua-dua ibu bapanya, anak serta adiknya di Beijing.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki menikam enam orang dan kemudian membunuh diri di Pedalaman Mongolia

Susulan Kereta Terbang Di KB Mall

'Saya tak tahu memandu'



KERETA Ford Laser yang mengorbankan dua mangsa selepas jatuh dari tingkat 3 di KB Mall dibawa keluar semalam.

Hasrat calon SPM beli alat tulis di KB Mall bertukar tragedi

KOTA BHARU: Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear.

NURUL AIN (kiri) ditemani adiknya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.

"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya.

Nahas KB Mall disiasat ikut Seksyen 304

Nahas di KB Mall sehingga menyebabkan kematian dua pelajar kolej kejururawatan, petang kelmarin disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Dua beradik, Nurul Ain Said dan Nurul Akma, masing-masing 17 dan 14 tahun serta abang angkat mereka, Sabri Yusof disiasat mengikut seksyen itu yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis sedang mengesan lelaki yang juga pemilik kereta, tetapi melarikan diri sejurus kejadian. Dia diminta menyerah diri untuk membantu siasatan.

"Polis merakamkan keterangan adik wanita yang memandu kereta itu hari ini (semalam), manakala kakaknya diambil keterangan apabila pulih," katanya selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai anak warga polis Kelantan, di sini semalam.

Kereta Terbang Di KB Mall (18SG)

Inilah lokasi 3rd floor yang dikatakan dilanggar oleh kesilapan reverse gear kereta tadi.

plat kereta berkenaan yg tercampak.Patut lah..Tgk nombor tu,nombor reverse!!! 3210…adoiii!!!kebetulan.

Kereta kuning ini tersilap reverse gear dan terjatuh dari 3rd floor (parking) dan jatuh terus ke ground floor.eii..menakutkan!

Dikhabarkan 2 terbunuh,2 cedera wallahualam…



organ apa nih???


KOTA BHARU: “Saya macam tidak percaya apabila menyaksikan sebuah kereta tiba-tiba ‘terbang’ dari tingkat atas sebelum jatuh ke atas tangga bergerak di ruang legar kompleks,” kata Mohd Jawaidi Mohd Zain, 23.

Penolong Pengurus Kyros Kebab itu berkata, sebelum kejadian dia sibuk melayan pelanggan di premisnya di ruang legar berhadapan tangga bergerak berkenaan.

Katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti bangunan runtuh sebelum terlihat sebuah kereta Ford Laser jatuh dari tingkat atas lalu menghempap tiga wanita di tempat kejadian.

“Saya dan pelanggan tergamam sebelum lari menyelamatkan diri,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku apabila kereta di tingkat tiga parkir kereta pasar raya KB Mall di sini, hilang kawalan sebelum merempuh dinding dan terjunam ke bawah dari ketinggian lebih 18 meter lalu menghempap tiga penuntut Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan bandar ini.

Kejadian itu menyebabkan dua daripada pelajar berkenaan iaitu Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Seorang lagi pelajar kolej itu, Rashidah Ahmad Lufti, 24, dan pemandu kereta itu, Nor Ain Said, 19, cedera parah.

Suasana mencemaskan itu menyebabkan aktiviti perniagaan lebih 40 premis di pasar raya terbabit terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada lapan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan Kota Bharu melakukan tugas menyelamat.

Kejadian turut menyebabkan Jalan Hamzah berhampiran sesak teruk kira-kira dua jam apabila sekitar bangunan pasar raya itu dipenuhi hampir 2,000 orang awam yang mahu melihat keadaan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.

Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.

“Siti Nor Amira dan Rashidah di temui di tangga bergerak, manakala Nordiana terpelanting ke bawah,” katanya.

Menurutnya, Nor Ain dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, manakala Sabri dan Nor Atikah dipercayai melarikan diri dan gerakan mengesan mereka bagi membantu siasatan sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


p/s: Kematian boleh berlaku di mana-mana...

Tubuh Lumat Kena Lenyek



GOMBAK: Mengerikan apabila seorang wanita warga emas yang cuba melintas jalan digilis puluhan kereta hingga tubuhnya hancur dan menjadi daging lumat sekelip mata.

Lebih menyedihkan apabila tubuh mangsa yang putus seperti kepala, tangan dan kaki berselerakan di atas jalan hingga menyebabkan polis trafik terpaksa mengutip dan mengumpulnya.

Tugas mengutip cebisan mayat berkenaan terpaksa dilakukan dalam hujan lebat selain dihambat kesesakan lalu lintas.

Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam tujuh pagi semalam, apabila mangsa cuba melintas jalan berhampiran jejantas pejalan kaki di Pasar Borong Selayang arah ke Rawang, di sini.

Menurutnya, mangsa yang enggan menggunakan jejantas berhampiran sanggup mempertaruhkan nyawanya melintas jalan raya terbabit walaupun menyedari laluan terbabit sedang sibuk dengan kenderaan.

Bagaimanapun ketika cuba melintas jalan, mangsa dipercayai dirempuh sebuah kenderaan sebelum terpelanting atas jalan raya. Berikutan itu mangsa digilis oleh beberapa kenderaan lain yang gagal mengelak dari arah belakang.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa turut dirempuh oleh lori mengakibatkan badannya putus. Malah mangsa turut diseret beberapa kenderaan lain sejauh lebih 20 meter,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan hancur pada bahagian kepala selain putus kedua-dua kaki. Malah ketika ditemui mangsa dalam keadaan sudah tidak berpakaian.

“Keadaan tubuh mangsa yang berkecai menyebabkan polis sukar mengenal pasti identitinya. Bagaimanapun polis menemui kad pengenalan milik seorang wanita bernama Lee Ghee Heong, 76, beralamat di Lampung Lal Singh, Kuala Kangsar, Perak.

“Susulan kejadian itu, polis trafik mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengutip dan mengumpul sisa cebisan mayat mangsa yang berteraburan di sepanjang jalan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, kejadian kemalangan itu turut menyebabkan laluan jalan raya sesak sepanjang hampir dua kilometer. Cebisan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis sehingga kini masih cuba mengesan beberapa kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan ngeri itu diminta menghubungi polis atau talian RakanCop 03-21159999 untuk membantu siasatan lanjut.


p/s: Kesiannya, jejantas ada tapi tak guna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...