TOLONG BERI TAHU

Share |

Menguruskan Uri/Tembuni

Assalamualaikum....ni nak kongsi pengalaman sikit pasal cara2 nak menguruskan uri ni. Mula-mula Khai macam tak tahu nak buat apa jugak bila disuruh uruskan uri ni tapi disebabkan nawaitu nak tolong kakak (beranak anak sulung) so, takda masalahla. Ada macam-macam pendapat serta pantang larang yang berkait dengan nenek moyang dalam pengurusan uri ni tetapi Khai laksanakan apa yang aku rasakan perlu (pastu telefon tanya abah) serta tidak dikategorikan sebagai syirik atau khurafat.

Apa dia uri?

Emm.. selain dipanggil uri ianya disebut juga sebagai tembuni, placenta dan ada juga yang menggelarkannya sebagai qarin. Berkaitan dengan qarin Khai kurang pasti kerana apa yang aku tahu qarin adalah satu makhluk yang ada disetiap anak adam apabila lahir. Kiranya macam jin jugaklaa. Tentang uri pula berdasarkan apa yang Khai tengok adalah sesuatu yang lahir bersama bayi dan dinasihat supaya diuruskan dengan baik kerana ianya darah daging kita juga. Pada uri tu sendiri pun ada darah dan daging. Kedudukan uri tu boleh kita tengok dalam gambarajah yang kat atas tu. Sampai situ sahaja pemahaman Khai. Sekiranya diikutkan ada banyak lagi pemahaman-pemahaman lain tetapi bagi Khai macam dah tersasar terlalu jauh hingga boleh menimbulkan syirik pulak.



Membasuh Uri


Ada yang kata tak basuh pun tak menjadi masalah tapi secara rasionalnya bagi Khai seeloknya dibasuh dan dicuci dengan bersih (bersih pada kacamata individu). Macam kita urus mayat juga. Bukankah sebelum ditanam ianya dimandikan dulu. Rasanya macam tak selesa pulak kalau nak ditanam dengan darah-darah yang melimpah tu. Biasanya orang lumurkan dengan garam dan asam jawa bagi menghilang bau hanyir. Untuk pengalaman Khai sendiri masa first time tengok uri ni dengan darah-darah yang melekat tu macam geli pun ada tapi bila dah mula pegang dan membasuh haa.. masa tu dah tak kira apa dah.. lama jugak proses membasuh untuk menghilangkan darah tu. Apapun segalanya ikut kemampuan sendirila..



Menanam Uri


Sebelum ditanam seeloknya uri tu diletakkan terlebih dahulu didalam sesuatu benda yang memungkinkan binatang tak dapat untuk mencapainya. Jadi mengikut pengalaman Khai pulak aku bungkuskan dengan kain bersih ( ada yang guna kain putih macam urus mayat tu) kemudian diletakkan dalam periuk tanah. Tahu apa periuk tanah? heh.. kalau kat kampung-kampung ada juga yang letak dalam tempurung kelapa. Lepas tu cari mana-mana kawasan yang sesuai untuk ditanam. Untuk mereka yang tinggal dibandar mungkin agak sukar nak jumpa tanahkan, jadi kebanyakkan mereka tanam disekitar masjid. Tanam di masjid ni bukan satu kemestian cuma biasanya kawasan masjid ni tanah waqaf jadi takde masalah nak menggali dan menanam. Kalau sebarang-sebarang kawasan nanti ada pulak kena saman. heh. aku tanam depan rumah mak Insa jee..



Beberapa hal yang boleh jatuh syirik dan khurafat


Emm.. ini berkenaan proses untuk menanam. Ada yang kata kena letak pensillaa, pakulaa dan kalau nak bagi dia terer main bola letak bola sebijik dalam tu. Huh! Jadi sesiapa yang nak anak jadi macam Bill Gates bolehla letak Laptop satu pastu bagitau Khai kat mana korang tanam ye.. Khai dah tanya beberapa ustaz dan menurut mereka benda-benda tu takde kaitan langsung pun tetapi hanya kepercayaan nenek moyang sahaja. Satu lagi pasal nak menanam kena pakai smart, baju kot pastu ada kawasan-kawasan yang spesifik emm.. jangan diikutkan sangat kerana bolah jatuh kepada perlakuan syirik dan khurafat dah tu.

Khai hanya berkongsi pengalaman serta dari apa yang Khai tahu. Sekiranya sesiapa ada nak tambah sila nyatakan di ruangan komen. ok.

4 comments:

  1. Salam insakhai,

    Tolong kakak ya! alhamdulillah.

    Memang ada lagi kepercayaan letak pensel dgn buku tu bersama2 dgn uri.. mudah2an khurafat seperti ini ditinggalkan. Uri2 anak2 kak pun dicuci dgn asam dan garam kemudian dibalut dgn kain putih letak dlm piuk tanah, kmd tanam depan rumah.. kak diberitahu org tanam uri di tempat agak tinggi utk elakkan air bertakung takut perut baby kembung. Tak taulah kebenarannya.

    ReplyDelete
  2. Salam kak Werdah...

    Tanam uri di tmpt tinggi tu andaian je kak...tak ada di sebut dlm hadis nabi pun. Cukup sekadar tanam di tmpt yg bersih, jgn di blakang rumah sudah (dekat dgn tangki najis)...:-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum insakhai. Nak tanya, kalau selain dari tanam uri tu.. ada cara lain lagi ke?

    ReplyDelete
  4. W'salam kk

    Uri/ tembuni tak wajib ditanam. Sebabnya uri tak termasuk sebahagian daripada anggota badan yang haram dilihat contohnya rambut wanita, kuku wanita, bulu ari2 lelaki dll. Walau bagaimanapun, adalah cara yang elok atau sunat menguruskan uri itu adalah dengan menanamnya. Lagipun asalnya manusia dari tanah... jadi seelok2nya tanamlah supaya uri tu kembali semula kepada tanah. Kalau dibuang ke tong sampah... ke sungai... dibakar... err macam sangat tak eloklah cara tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...