TOLONG BERI TAHU

Share |

Gempa di Padang, Indonesia


KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang Rabu menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, India, Thailand dan Malaysia selepas gempa bumi itu tetapi menarik balik amaran berkenaan kemudian.

"Bacaan paras laut menunjukkan tiada pergerakan ketara tsunami akibat gempa bumi itu," menurut PTWC.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...