Dilarang Pakai Seluar Ketat!
Posted on
Saturday, October 31, 2009
by
InsaKhai
Wanita Islam akan dilarang daripada memakai seluar ketat di wilayah Aceh, Indonesia yang menguatkuasakan ajaran Syariah di bawah peraturan yang dicadangkan berkuat kuasa 1 Januari depan, kata seorang pegawai semalam.
Ia adalah usaha terbaru untuk mempromosi nilai moral yang tegas di negara majoriti Islam paling ramai di mana secara kasar 200 juta penduduk Islam mengamalkan ajaran itu.
Mana-mana penduduk Islam yang melanggar kod berpakaian itu, yang turut melarang pemakaian seluar pendek di kalangan lelaki, akan diarahkan untuk memakai skirt panjang atau seluar longgar yang dikeluarkan kerajaan, kata Ramli Mansur, ketua daerah Aceh Barat.
Polis Islam akan mengenal pasti jika pemakaian terbabit melanggar kod berpakaian, katanya.
"Memakai seluar jean ketat hingga mendedahkan tubuh mereka melanggar hukum Islam," kata Mansur yang merayu kepada penjawat awam untuk mematuhi peraturan dan enggan melayan perkhidmatan kerajaan kepada wanita yang memakai pakaian dilarang.
Undang-undang Islam tidak dikuatkuasakan di seluruh negara kepulauan meluas itu namun antara lain larangan minum arak, berjudi dan bercium di khalayak ramai, dikuatkuasakan oleh sesetengah kerajaan konservatif tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat Indonesia membantah sekatan ke atas pakaian dan kelakuan yang dicadangkan oleh sebilangan ulama berpendirian keras di negara yang mengamalkan demokrasi sekular.
Aceh, sebuah rantau separuh autonomi, menjadi tajuk berita bulan lalu apabila parlimen wilayahnya meluluskan undang-undang Syariah yang mengenakan hukuman rejam sehingga mati ke atas dewasa berkahwin yang berzina. Ia juga mengenakan hukuman penjara dan sebatan di khalayak ke atas golongan homoseksual dan pedofilia.
Kumpulan hak asasi manusia berkata undang-undang itu melanggar perjanjian antarabangsa dan perlembagaan Indonesia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment