TOLONG BERI TAHU

Share |

Bertuku / Bertungku

Td masa duk layan baby (anak sedara), aku terpandang maknya(kakak iparku) duk asyik bertuku. Aku terfikir amende la faedahnya bertuku ni. Dah la payah benar nak panaskan batu tu. Setahu aku, bertuku dapat mengendurkan urat2 dalaman ibu yg lepas bersalin (dalam pantang). Itu je yg aku tahu. Tanpa buang masa aku pn cari la dlm tnet kut2 ada khasiat2 lain. Cari punya cari, ini yang aku dapat utk dikongsikan bersama...

Antara kebaikannya ialah;

(1) Cepat mengejutkan sistem peranakan wanita.
(2) Elak buasir.
(3) Memecah lemak badan.

(4) Menyegarkan badan.

(5) Membaikpulih sistem urat saraf.
(6) Penting - tapak kaki - disitulah segalanya punca urat saraf seluruh badan.

Elok diamalkan untuk isteri-isteri semasa berpantang.


Info lain yang lebih detail aku dapat:

Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas.Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih.


Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan mengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).


Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan licin bersaiz penumbuk dewasa atau sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapik disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun serom.


Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring.

Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah perut. Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Diperingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.


Idea yang aku cadangkan bila batu x ada.....


Gunakan saja 'laptop' anda dengan meletakkan di atas perut anda.

Bagus untuk kesihatan dan anda juga boleh melayari internet dalam masa yang sama. Hehehe...

2 comments:

  1. Salam,

    info yg berguna utk ibu2 muda.. org tua2 dulu rajin bertungku skrg entahlah.. macam tak ramai yg nak ikut.. wallahu'alam.. ada juga yg guna seterika!!!

    ReplyDelete
  2. Yeke kak? Biar betul.....macam2 org zaman skrg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...