TOLONG BERI TAHU

Share |

Al-Quran Paling Mahal Di Dunia

Al-Quran yang dilelong 1,140,500 paun ($US 2,321,770)
- amaun berbayar tertinggi untuk satu kitab suci Islam.

LONDON, UK- Al-Quran yang ditulis pada 1203, dipercayai menjadi salinan terkenal dan tertua, telah dijual untuk US$2.33 juta pada satu jualan lelong.
Kitab suci, yang dianggar untuk dijual dengan harga sehingga US$715,000, meningkat kepada US$2,327,300 pada lelongan tersebut di London.


Itu adalah satu rekod harga lelong untuk senaskhah al-Quran atau mana-mana jenis manuskrip Islam, Christie berkata.


Al-Quran itu bertarikh 1203 Jun (17 Ramadan 599) dan ditandatangani oleh Yahya bin Muhammad ibn 'Umar.


Satu lagi Al-Quran Kufic yang hampir siap, dipercayai ditulis pada abad ke-10, kemungkinan berasal dari Afrika Utara atau dekat Timur, dijual pada harga $1,870,000.


Kedua-dua Al-Quran itu telah ditawarkan untuk dijual oleh Hispanic Society Amerika, dan dibeli oleh pedagang di London, Christie berkata. Ia ditandatangani oleh Yahya bin Muhammad ibn 'Umar, 17 Ramadan 599 (1203 Jun) dan telah diperolehi di Kaherah pada 1905 oleh Archer Milton Huntington, yang mengasaskan Hispanic Society di New York City pada 1904. Huntington, anak angkat hartawan landasan kereta api dan pembinaan kapal, Collis P Huntington , telah mati pada 1955.


Ayat-ayat dalam Al-Quran itu ditulis dengan dakwat emas dan digariskan dengan garis-garis hitam nipis, dan catatan tepi adalah dalam warna putih dan digariskan merah. Kufic Al-Quran menyambung satu ruang antara gaya terdahulu, ditiru mengenai kertas kulit format mengufuk, dan gaya komposisi tegak, selari di atas kertas.


Nama Kufic diambil sempena nama Kufah di Iraq, sebuah pusat awal biasiswa Islam, menurut British Library.


Wallahualam....

Ya! Aku Bangga!

Adakah anda?

Anak Dara Tertua Di Britain


Clara Meadmore sememangnya seorang gadis yang cantik

Clara Meadmore dakwa perawan punca usia cecah 105 tahun

RAHSIA umur panjang sering dikaitkan dengan pemakanan yang baik, menjaga kesihatan badan serta faktor genetik. Namun seorang wanita Britain mendakwa rahsia usianya mampu mencecah 105 tahun disebabkan dirinya yang masih perawan!

Inilah kisah pelik tapi benar mengenai status diri Clara Meadmore yang diisytiharkan sebagai anak dara paling tua di Britain setakat ini. Malah, Meadmore yang berasal dari Truro, Cornwall dan baru menyambut hari jadinya yang ke 105 tahun Sabtu lalu, mendakwa tindakannya menjauhi hubungan seks sebagai punca utama usia lanjutnya.


Alasannya - jadual dirinya yang terlalu sibuk selain menganggap hubungan intim dan seterusnya berasmara sebagai sesuatu yang 'melecehkan.'

Lebih pelik, Meadmore yang pernah beberapa kali menolak lamaran, juga tidak pernah menyesal, sebaliknya berbangga menjadi perawan biarpun dirinya kini di ambang hari-hari terakhir kehidupannya.

"Ramai yang bertanya sebab. Tidak kurang menuduh saya tidak siuman atau sukakan teman sejantina. Tapi itu cuma tuduhan liar semata-mata. Hakikatnya, saya tidak pernah berminat atau mengagumi hubungan seks.

Clara masih mampu tersenyum ketika meniti usia 105 tahun, Sabtu lalu.

"Sudahlah tidak minat, untuk berkawan rapat atau berkasih dengan lelaki juga saya tidak pernah endah. Ini kerana saya menganggap hubungan intim itu melecehkan," kata Meadmore dalam laporan yang mendapat liputan meluas beberapa media tempatan dan antarabangsa, baru-baru ini.

Tanyalah apa saja dengan wanita yang masih kuat daya ingatannya biarpun sudah lanjut usia. Tragedi Titanic dan tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah antara perkara yang masih melekat dalam pemikirannya.

Sudah pasti, persoalan khusus status diri yang sudah semestinya lebih diketahui.

"Saya seolah-olah tahu yang saya akan terus menjadi bujang ketika berusia 12 tahun lagi. Pada usia muda, cuma satu perkara yang saya fikirkan iaitu untuk mencari rezeki membantu keluarga.

"Pada tahun 1920-an dan 1930-an, sesiapa yang mahukan seks perlu berkahwin. Itu yang menjadi halangan kerana saya tidak berminat berkahwin ketika itu. Dan nampaknya, itulah nasib saya sehingga ke hari ini," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai setiausaha untuk menampung kehidupannya.

"Tidak kurang pertanyaan serta suara sumbang yang menyoal, apakah saya tidak menyesal untuk tidak merasakan langsung kehidupan berdua, disayangi dan menyintai. Jawapannya, tidak. Saya bangga dan tidak menyesal kerana tidak merasai nikmati berkasih sayang mahu berkahwin kerana inilah jalan yang saya pilih.”

Baginya, perhubungan mesra itu memerlukan masa dan tenaga - sesuatu yang tidak pernah diutamakan ketika masih bergelar gadis.

"Saya tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana tidak menganggapnya satu keperluan utama. Bagi saya, sebagai remaja pada era 1920-an, persepsinya adalah kita hanya mengadakan hubungan seks dengan suami. Bagaimana saya mahu menikmatinya jika tidak pernah berteman lelaki atau pun berkahwin!"

Meadmore, dilahirkan di Glasgow pada 1903, kira-kira dua tahun selepas kematian Ratu Victoria, mengakui tindakannya menjauhi seks tidak bererti beliau tidak pernah didekati lelaki.

"Biarpun pada era lama, tetapi kami pada masa itu masih berpeluang berkawan dan bergaul dengan lelaki, cuma segala-galanya terbatas. Kawan pun sekadar kekal di tahap sahabat dan tidak pernah lebih daripada itu. “Tetapi inilah kekurangan yang berlaku pada hari ini. Semuanya kelihatan sebegitu pantas. Saya tidak berapa mengenali anak muda zaman ini tetapi saya yakin pendirian mereka hari ini jauh berbeza dengan remaja pada era saya.”

Keluarga Meadmore berhijrah ke Mesir, Kanada dan seterusnya New Zealand ketika beliau berusia tujuh tahun. Namun Meadmore, kembali semula ke Britain, seorang diri, pada usia 20-an.

Beliau terpaksa menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai setiausaha dan pembantu rumah. Ketika inilah, Meadmore menerima beberapa lamaran perkahwinan yang ditolaknya secara baik.

"Bagi saya, mungkin zaman saya membesar menyebabkan saya melihat kehidupan daripada perspektif berbeza. Ketika itu, rama gadis pingitan dan sukar dilihat sedangkan saya lebih berminat bekerja. Ini menyebabkan lelaki tidak sukakan wanita berani seperti saya. Masa berlalu dan saya terbukti sudah terlalu tua untuk berkahwin!" katanya berseloroh.

Apakah yang dilakukan bagi mengisi masa terluangnya? "Saya membaca, berkebun, beriadah, memasak dan mendengar radio."

Beliau tidak pernah menyesal tidak bersuami, beranak dan bercucu biarpun terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Rumah Orang Tua Perran Bay, dengan status perawan paling tua di Britain setakat ini.

Puting Susu Yang Menarik

Jahatnye mak diorang...... :-)
Sakit perut aku....:-)




Murtad Angkara FACEBOOK

IA sepatutnya cuma satu kes perselisihan biasa keluarga yang boleh berlaku di mana-mana pun, antara anak remaja yang memberontak dengan ibu bapa yang sekadar menjalankan tanggungjawab mereka. Malangnya, gara-gara campur tangan pihak ketiga yang bermula menerusi internet, pertikaian itu berlanjutan dari rumah ke mahkamah, daripada seorang Islam menjadi murtad.

Inilah nasib pasangan suami isteri Sri Lanka yang menetap di Amerika Syarikat, Mohamed Bary dan Aysha Risana, selepas anak kesayangan, Fathima atau turut dikenali Rifqa, 17, memeluk Kristian dan lari dari rumah.

Dalam insiden Julai lalu, Rifqa Mohamed Bary, meninggalkan keluarganya di Ohio dan ke Orlando selepas perkenalan singkat dengan sekumpulan mubaligh Kristian, Global Rovolution Church di Orlando pimpinan paderi, Blake Lorenz dan isterinya, Beverly, di laman sembang popular, Facebook. Rifqa kini tinggal di rumah keluarga angkat beragama Kristian itu sementara menunggu kes mahkamah berhubung nasib dirinya, selesai.

Belum pun air mata Mohamed Bary dan Aysha Risana kering selain cercaan sebagai ibu bapa zalim, kini mereka berdepan perebutan hak penjagaan Rifqa selaku waris yang sah, dengan kumpulan mubaligh berkenaan.

Dalam sekelip mata, kontroversi yang menjadi tumpuan media antarabangsa, bualan di alam siber selain mencetuskan perbalahan agama antara kumpulan Islam yang menyifatkan insiden itu masalah keluarga yang dimanipulasi pihak tertentu, manakala pertubuhan Kristian menganggapnya isu kebebasan beragama dan bukti betapa 'perang suci' Kristian-Islam semakin ketara.

Tidak ramai menyedari, di sebalik tuduhan dilemparkan, hakikatnya keadaan masih terkawal kerana toleransi masyarakat Islam Amerika yang tidak mudah melatah dengan kejadian itu. Bayangkan keadaan yang pasti lebih buruk jika Rifqa adalah remaja Kristian yang melarikan diri ke rumah pendakwah Islam yang mungkin disusuli tunjuk perasaan serta tuduhan jenayah culik.

Apa dikesali, kejadian itu bukan lagi bertumpu kepada keluarga yang kehilangan anak serta kesalahan jenayah pasangan mubaligh menyembunyikan gadis bawah umur selama tiga minggu, tetapi cubaan jahat pihak tertentu menonjolkan Mohamed Bary dan Aysha sebagai ibu bapa kejam yang mahu membunuh Rifqa atas alasan ‘pembunuhan bermaruah,’ biarpun seperti kenyataan polis Columbus, Ohio, menyatakan tiada bukti bagi menyokong dakwaan itu.

Malah jika dilihat, ada dua versi berbeza mengenai kemelut diri Rifqa ini iaitu beliau murtad selepas berkawan baik dengan pasangan mubaligh Global Revolution Church yang ditemui di Facebook, manakala versi lain pula mendakwa Rifqa murtad lebih setahun lalu selepas berkawan rapat dengan anggota kumpulan gereja itu di sekolahnya.


Namun dalam kebanyakan laporan, termasuk kecaman media tempatan yang mempertikaikan peranan mubaligh itu yang menyebabkan Rifqa murtad dan lari dari rumahnya. Jika tidak, mana mungkin remaja yang biarpun berusia 17 tahun tetapi bentuk tubuhnya yang kecil menyamai gadis 13 tahun memperoleh tiket bas yang membawanya ke rumah Blake.

Hanya selepas tiga minggu, barulah Blake memaklumkan keluarga Rifqa mengenai kehadiran remaja itu di rumah mereka. Belum pun reda kejutan itu, ibu bapa Rifqa hanya mampu beristighfar melihat kemunculan anak gadis mereka di internet yang dalam dakapan Blake, menangis dan mendakwa diugut bunuh oleh ibu bapanya yang marah dengan tindakannya mendekati Kristian.

“Ayah mahu membunuh saya atau mungkin menghantar saya pulang ke Sri Lanka, ke rumah khas untuk orang murtad seperti saya,” katanya berulang kali, seolah-olah melontarkan skrip atau dialog disediakan pihak ketiga.

Rifqa mendakwa dirinya bakal menjadi mangsa ‘pembunuhan bermaruah’ yang dilakukan segelintir masyarakat Muslim di pedalaman Pakistan dan beberapa negara Arab yang lebih mengutamakan adat daripada mematuhi peraturan sebenar Islam.

“Saya sedih melihatnya. Dia bukan seperti Rifqa yang saya kenali. Fikirannya sudah diracuni pihak lain,” kata Mohamed Bary yang menyangkal tuduhan anaknya.

Peguam Mohamed Bary, Craig McCarthy berkata, keluarga Rifqa amat terkejut dengan dakwaan gadis itu kerana hakikatnya baik ibu mahu pun bapanya bukanlah jenis zalim. Buktinya, Rifqa selama ini bebas melakukan apa saja, termasuk memakai skirt dan menyertai pasukan sorak yang tidak mungkin dilakukan gadis Muslim yang berasal dari keluarga alim.

Timbul persoalan, mungkinkah beliau diajar Global Revolution Church supaya menggambarkan kezaliman Islam dan ibu bapanya? Tanpa rasa takut Blake secara terang-terang membuat pengakuan kepada wartawan beliau yakin tindakannya itu sebahagian ‘perang suci’ memerangi Islam.

“Ini adalah saat-saat akhir, detik di hujung zaman. Konflik Kristian dan Islam ini akan terus berleluasa. Konflik antara yang baik dan syaitan ini akan semakin ketara,” kata Blake, seperti dilaporkan media.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...