Ada Apa Dengan Keychain?
Apa gunanya?
Keychain biasanya digunakan untuk mempromosikan perniagaan, pusat pelancongan dan lai-lain. Betul ke? Lambang perniagaan atau nama tempat secara otomatik akan mempromosikan perniagaan seseorang. Ia kecil dan tidak mahal cukup untuk menjadi bahan promosi untuk syarikat-syarikat besar yang mungkin memberi mereka pulangan berjuta-juta ringgit. Boleh buat petua nak kaya ni...Beli RM10 sepaket dapat RMberibu-ribu siapa tak nak??(orang lain yg dapat beribu2...haha)
p/s: Kalau nak masuk Guinness World Records, kena lawan Brent Dixon. Mat Saleh ni kumpul lebih dari 41,418 keychain.! o.O
Tips Mengandung

Suka sangat blog ni..! Kepada rakan2 yang ingin/susah untuk menimang cahayamata boleh refer di laman ini BLOG PakarHowTo (sila klik). macam2 tips yang ada dari ingin mendapat anak kembar sampailah kepada yang nak color putih, coklat, hitam...hehehe...
p/s: Selain itu, ada juga pelbagai tips2 lain untuk dikongsikan bersama..singgahlah
9 Petua Capai Doa Mustajab
1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa
kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-
Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.’”
9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
p/s: Zikir, doa dan tawakal, penawar tekanan perasaan.
Alhamdulillah...Akhirnya...
Musim Cuti Penggal Kepala
Deng Xueyun ditangkap di wilayah Guizhou semalam, 17 jam selepas didakwa membunuh jirannya Deng Zhaoxiang, 40, dan empat anaknya, lapor akhbar Beijing News.
Mangsa dipenggal di luar kediamannya di Lushan sementara dua anak perempuan dan dua anak lelakinya dibunuh ketika tidur.Kanak-kanak itu berusia antara enam dan 11 tahun.
Menurut laporan itu, suspek adalah jiran mangsa. Bagaimanapun tidak jelas sama ada mereka mempunyai talian kekeluargaan.
Pembunuhan itu adalah yang terbaru berlaku di China sejak beberapa minggu lalu.Pada 13 Disember lalu, seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa menembak dan memenggal 12 anggota sebuah keluarga di kawasan hutan di wilayah Hunan, tengah China. Lelaki berkenaan turut membakar rumah beberapa penduduk.
Awal bulan ini, polis di barat daya China menangkap seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu bapanya dan empat anggota keluarganya yang lain selepas melarikan diri dari sebuah hospital sakit jiwa di wilayah Yunnan.
Hujung November lalu, polis di wilayah Hainan menangkap seorang lelaki yang membunuh kedua-dua ibu bapanya, anak serta adiknya di Beijing.
Dalam kejadian lain, seorang lelaki menikam enam orang dan kemudian membunuh diri di Pedalaman Mongolia