TOLONG BERI TAHU

Share |

Bandaraya K. Terengganu Kurang Parking Lagi!

hari-hari full


line kuning je banyak...


gambar terbaru 04/11/09 - parking lama di Jalan Sultan Ismail



KUALA TERENGGANU: "Sudahlah tempat letak kereta sedia ada tidak mencukupi, yang ada sedikit ini pun turut dilupuskan... nampaknya selepas ini terpaksalah saya berjalan atau menaiki teksi pula ke tempat kerja," keluh kakitangan swasta, Muaazan Mohamad, 33.

Dia antara ratusan warga bandar raya ini yang kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melupuskan puluhan petak letak kenderaan sepanjang Jalan Sultan Ismail yang menimbulkan rungutan ramai terutama kepada kakitangan kerajaan dan swasta.

Malah, tinjauan Edisi Timur mendapati, selepas beberapa hari petak letak kenderaan di lokasi berkenaan ditutup, masalah kesesakan di Jalan Pejabat menjadi lebih kritikal kerana orang ramai tidak mempunyai pilihan selain meletakkan kenderaan di garisan kuning, di bahu jalan dan secara bertindan.

Muaazan berkata, tindakan MBKT itu hanya memburukkan lagi masalah kesesakan terutama di Jalan Pejabat kerana orang ramai yang berurusan di Wisma Persekutuan, Wisma Negeri dan beberapa cawangan bank utama di sini tidak mempunyai pilihan selain meletakkan kenderaan mereka di situ.

Seorang peniaga, Amran Suhaimi Abd Ghani, 47, dari Kampung Bukit Tunggal berkata, langkah MBKT itu kurang bijak dan mendorong orang ramai melakukan kesalahan dengan meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

Dia yang sering berurusan di sebuah bank di sini berkata, sebelum melupuskan petak letak kereta di situ, MBKT sepatutnya menyediakan lokasi tempat letak kereta lain bagi mengelak masalah kesesakan parkir.

"Seingat saya, setiap kali datang ke sini, pasti bawa balik surat saman dari MBKT.. bukannya saya tidak hiraukan undang-undang dan berdegil untuk meletakkan kereta di tempat yang tidak dibenarkan, tetapi masalahnya memang tidak cukup tempat letak kereta di sini.

"Justeru saya harap, setiap pembaharuan yang dilakukan mestilah mengambil kira kepentingan orang ramai, bukan menyusahkan seperti apa yang dibuat sekarang," katanya.

1 comment:

  1. tindakan kurang praktikal dr datuk bandar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...