TOLONG BERI TAHU

Share |

Gempar! 35 Sejadah Berdiri Di Surau

gambar kejadian yg terdahulu

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

5 comments:

  1. Salam Insakhai,

    Perkara2 yg boleh memesongkan akidah tu jika org tak percaya kpd perkara2 ghaib dan jika org percaya kpd khurafat.. bila tengok benda2 pelik pergi minta macam2 dp benda2 tu. Jika percaya Allah boleh buat apa saja termasuk menghantar petunjuk, taklah terpesong. bergantung kpd persepsi masing2. mudah2an kita tidak begitu.

    Mungkin fenomena ini Allah nak bagi petunjuk kpd kita melalui makhluk yg kita tak nampak.. bahawa di kalangan kita ni ramai yang tak solat fardhu lebih2 lagi solat sunat.(tak kiralah makhluk apa pun sbb kalau Allah tak izin benda ni tak jadi kan?) Wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. salam kak werdah..

    lepas ni semua surau2 @ masjid2 kena pasang cctv...:-)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    sejadah tu seolah2 nak kasitau kat kita, dorang lebih ramai bersolah (35 sejadah) daripada manusia kat surau tu (mungkin takkan sampai bilangan 35 org dlm waktu zohor, asar dan subuh,begitulah lazimnya di mana2 surau kat 1 malaysia nih..)

    ReplyDelete
  4. sy rasa jika bkn manusia yg wt, jin yg wt.. mungkin jin tu nk perli kita yg da lalai solat jemaah ni...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...