TOLONG BERI TAHU

Share |

Resepi Ayam Panggang POLIMAS

BAHAN2 NYA:

1.AYAM(WAJIB)

2.SERAI + HALIA + GULA/NISAN + REMPAH KARI +
SOS TIRAM + AJINOMOTO + BAWANG MERAH + LADA HITAM

CARA2:

SENANG JE.....KISAR SEMUA BAHAN (No.2 )DI ATAS CUKUP RASA DAN PERAP AYAM
SELAMA 5-6 JAM KEMUDIAN PANGGANG.

Padang Earthquake Death Toll Rises To 603


JAKARTA, Oct 4 (Bernama) –-The death toll in the Padang earthquake disaster in Indonesia rose to 603 as of noon today while hundreds more are believed to be trapped in collapsed buildings in the west Sumatran city and mudslides that swept through entire villages in its outskirts.

According to official figures relEased by West Sumatra's Disaster Management Agency today, 785 people were seriously injured with some requiring surgery while those with non-life threatening injuires exceeded 3,400 people.

EnterinG the fifth day since the magnitude 7.6 quake struck on Sept 30, the stench of death overhung the city of Padang while rescuers tried in vain to find people still alive.

Clean water supply, electricity and telecommunication facilities were reported to be partially restored in Padang.

Meanwhile, two more earthquakes hit Indonesia today. The first measuring 6.1 on the Richter Scale (SR) hit Western Papua at 10.36am while the second, with a magnitude of 5.3 (SR) shook Gorontalo, Sulawesi at 11am (both local times).

According to Indonesia's Meteorological, Climatology and Geophysics Agency, the Gorantalo quake occurred 25km below the sea while the oen at Papua at a depth of 56km. Both quakes did not pose any tsunami threat.

--BERNAMA

Penangan Air Oh Air...


Smlm mkn di cafe sekitar Gong Badak, Tganu.
Wife psn Mocca, sy psn Apple juice+limau kasturi+asamboi.. SEDAP...!
So, cari pnyer cari, jmpa jgk rsepi....thnks to Nuralisha@Melayu.com
ni haaaaa resepinyer. Katanye dia dpt resepi ni sbb ngintai. tu yang tau resepi ni.


Apple juice+limau kasturi+asamboi
2biji epal hijau
1 limau kasturi~nak lagi masam, tarukla dua
seketul asam boi (aku panggil asam masin jer)~pastikan yang betul2 masam, betul2 manis masin.

taruk dalam fruit juicer ~wajib~epal hijau tu smpi dapat jus.
then taruk jus asam limau tu~biji jangan taruk nanti tercekik.hehehe
taruk asamboi tu.
taruk ais secukup rasa
lepas tu apa lagi minumlaaaa...sedap nyerrrrrrrrrrrrrrr.!!!!

ohya kalo jus tu jadi kuning hitam, maksudnya jus tu mengalami pengoksidaan tu sebab jadi kuning hitam. mcm kalo makan aple kita tinggal mesti itamkan? sbb vit c dalam buah tu yang teroxidized.

ohya. toksah taruk GULA. sbb kalau pandai pilih asamboi tu, manis asam boi akan buat jus ni manis. sedap wooo dah try

jangan blend dengan kulit limau sbb nanti pahit.

apple kena guna fruit juicer baru rasa mcm secret resepi. kalo blend campur air, memang tak jadi.

Kampung Ditelan Bumi

kampung di telan bumi

Dusun Pulau Aik


suasana sebelum gempa
























suasana sebelum gempa


JAKARTA, 3 Okt (Bernama) - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 Sept.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, pada Sabtu.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Sekitar 100 mangsa dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding hotel Ambacang, 50 murid masih tertimbus tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman dan 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka.

-- BERNAMA

Gempa di Padang, Indonesia


KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang Rabu menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, India, Thailand dan Malaysia selepas gempa bumi itu tetapi menarik balik amaran berkenaan kemudian.

"Bacaan paras laut menunjukkan tiada pergerakan ketara tsunami akibat gempa bumi itu," menurut PTWC.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...