TOLONG BERI TAHU

Share |

Musim Cuti Penggal Kepala

BEIJING: Polis di barat daya China menangkap seorang lelaki yang disyaki memenggal seorang bapa dan empat anaknya dalam kejadian pembunuhan kejam terbaru di negara itu.

Deng Xueyun ditangkap di wilayah Guizhou semalam, 17 jam selepas didakwa membunuh jirannya Deng Zhaoxiang, 40, dan empat anaknya, lapor akhbar Beijing News.

Mangsa dipenggal di luar kediamannya di Lushan sementara dua anak perempuan dan dua anak lelakinya dibunuh ketika tidur.Kanak-kanak itu berusia antara enam dan 11 tahun.

Menurut laporan itu, suspek adalah jiran mangsa. Bagaimanapun tidak jelas sama ada mereka mempunyai talian kekeluargaan.

Pembunuhan itu adalah yang terbaru berlaku di China sejak beberapa minggu lalu.Pada 13 Disember lalu, seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa menembak dan memenggal 12 anggota sebuah keluarga di kawasan hutan di wilayah Hunan, tengah China. Lelaki berkenaan turut membakar rumah beberapa penduduk.

Awal bulan ini, polis di barat daya China menangkap seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu bapanya dan empat anggota keluarganya yang lain selepas melarikan diri dari sebuah hospital sakit jiwa di wilayah Yunnan.

Hujung November lalu, polis di wilayah Hainan menangkap seorang lelaki yang membunuh kedua-dua ibu bapanya, anak serta adiknya di Beijing.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki menikam enam orang dan kemudian membunuh diri di Pedalaman Mongolia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...