TOLONG BERI TAHU

Share |

Tubuh Lumat Kena Lenyek



GOMBAK: Mengerikan apabila seorang wanita warga emas yang cuba melintas jalan digilis puluhan kereta hingga tubuhnya hancur dan menjadi daging lumat sekelip mata.

Lebih menyedihkan apabila tubuh mangsa yang putus seperti kepala, tangan dan kaki berselerakan di atas jalan hingga menyebabkan polis trafik terpaksa mengutip dan mengumpulnya.

Tugas mengutip cebisan mayat berkenaan terpaksa dilakukan dalam hujan lebat selain dihambat kesesakan lalu lintas.

Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam tujuh pagi semalam, apabila mangsa cuba melintas jalan berhampiran jejantas pejalan kaki di Pasar Borong Selayang arah ke Rawang, di sini.

Menurutnya, mangsa yang enggan menggunakan jejantas berhampiran sanggup mempertaruhkan nyawanya melintas jalan raya terbabit walaupun menyedari laluan terbabit sedang sibuk dengan kenderaan.

Bagaimanapun ketika cuba melintas jalan, mangsa dipercayai dirempuh sebuah kenderaan sebelum terpelanting atas jalan raya. Berikutan itu mangsa digilis oleh beberapa kenderaan lain yang gagal mengelak dari arah belakang.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa turut dirempuh oleh lori mengakibatkan badannya putus. Malah mangsa turut diseret beberapa kenderaan lain sejauh lebih 20 meter,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan hancur pada bahagian kepala selain putus kedua-dua kaki. Malah ketika ditemui mangsa dalam keadaan sudah tidak berpakaian.

“Keadaan tubuh mangsa yang berkecai menyebabkan polis sukar mengenal pasti identitinya. Bagaimanapun polis menemui kad pengenalan milik seorang wanita bernama Lee Ghee Heong, 76, beralamat di Lampung Lal Singh, Kuala Kangsar, Perak.

“Susulan kejadian itu, polis trafik mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengutip dan mengumpul sisa cebisan mayat mangsa yang berteraburan di sepanjang jalan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, kejadian kemalangan itu turut menyebabkan laluan jalan raya sesak sepanjang hampir dua kilometer. Cebisan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis sehingga kini masih cuba mengesan beberapa kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan ngeri itu diminta menghubungi polis atau talian RakanCop 03-21159999 untuk membantu siasatan lanjut.


p/s: Kesiannya, jejantas ada tapi tak guna...

2 comments:

  1. ya allah ngerinya keadaan maut yang dihadapinya....minta dijauhkan,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...