TOLONG BERI TAHU

Share |

Hantaran Al-Quran


"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah..Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa..aa..lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak..Ustaz..kabar baik, pak...usta..ustazz..: jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih..

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

"Surah Ar-Rad???"

Apa benda nihh detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini: "A'uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Safad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Safad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama..Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Safad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Safad tiba..Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Aidiladha lebih meriah di Kelantan, Terenggganu?


HARI ini kita merayakan Aidiladha. Suasana takbir dan ziarah menziarahi masih rancak dan hangat diadakan.

Upacara ibadat korban pula masih menjadi temasya yang menjadi tarikan utama kanak-kanak dan remaja.

Dalam acara korban, kita dapat melihat dari dekat bukan saja binatang ditarik, diikat serta disembelih, tetapi bagaimana pengagihan daging korban berlangsung.

Namun, dalam kemeriahan ini, ramai juga yang terpaksa menyambutnya dalam suasana kekurangan akibat banjir yang berlaku di beberapa kawasan.

Ada yang terpaksa meninggalkan rumah dan berpindah ke pusat pemindahan banjir. Didoakan semoga mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian itu.

Oleh kerana penulis berasal dari pantai timur apabila mahu pulang ke kampung halaman untuk beraya haji, warga kota sering mengatakan raya haji di Terengganu dan Kelantan lebih meriah daripada sambutan Aidilfitri.

Saya sendiri tidak dapat 'menangkap' apa makna lebih meriah berkenaan. Jika melihat kepada suasana dan jumlah warga kota pulang ke kampung, ia tidak semeriah mana.

Kemeriahan takbir dan ziarah menziarahi pula tidak sehebat sambutan Aidilfitri.

Malah, pengumuman jemputan rumah terbuka juga kurang kedengaran. Gedung membeli-belah juga tidak menawarkan jualan harga runtuh kepada orang ramai berbanding suasana sehari menjelang Aidilfitri yang mana mereka bersesak mendapatkan kelengkapan untuk digayakan pada pagi raya.

Penulis terpanggil untuk berkongsi idea - mana lebih meriah antara dua perayaan ini. Sebenarnya dalam Islam, Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan yang sangat besar maknanya kepada kita. Kedua-duanya dirayakan beriringan sempena ibadat rukun Islam.

Aidilfitri didahului dengan ibadat puasa manakala ibadat haji mengiringi Aidiladha. Cuma Aidiladha mempunyai kelebihan dari sudut falsafah serta tuntutannya. Namun kedua-duanya mempunyai kaitan serta pertalian.

Aidiladha juga digelar ibadat korban manakala Aidilfitri adalah hari raya 'bersih' iaitu kembali kepada fitrah. Maka kita tidak boleh berkorban jika masih belum bersih hati dan nurani.

Jadi sesiapa yang berjaya 'dibersihkan' dengan ibadat puasa pada Ramadan lalu akan sanggup pula berkorban bukan saja bahagian daging korbannya, tetapi sanggup berkorban ke Makkah bagi menunaikan haji.

Korban binatang sebenarnya bukan saja menyembelih binatang, tetapi sampai ke peringkat 'menyembelih' sifat 'kebinatangan' yang bersarang di jiwa.

Jika jumlah raya untuk Aidilfitri adalah sehari saja iaitu 1 Syawal, tetapi yang menjadikannya sebulan adalah disebabkan adanya rumah terbuka. Berbeza dengan Aidiladha, Allah s.w.t mewartakan sebanyak empat hari iaitu pada 10 Zulhijah diikuti dengan Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

Begitu juga dengan jumlah hari bertakbir. Aidilfitri hanya satu malam dan setengah pagi iaitu tidak disunatkan lagi bertakbir selepas imam selesai membaca khutbah raya.

Untuk Aidiladha pula, kita boleh melaungkan takbir selama empat hari empat malam manakala diharamkan berpuasa pada 1 Syawal saja. Tetapi bagi perayaan Aidiladha kita diharamkan berpuasa selama empat hari.

Sebenarnya kemeriahan sambutan hari raya bukan hanya diukur berdasarkan pakaian baru, jumlah orang pulang ke kampung serta juadah yang dihidangkan.

Tetapi ia sangat bergantung dengan 'jiwa baru' yang ditampilkan seorang individu yang menjadi bukti kepada perubahan akhlak serta peribadinya.

Beckham Tambah Koleksi Kereta




SETIAP peminat kereta pasti berasa puas andai berjaya memiliki koleksi kereta keluaran BMW, Ferrari, Lamborghini, Aston Martin, Porsche dan Hummer.

Namun, bintang bola sepak England, David Beckham, 34, tidak pernah puas dan terbaru dia mempamerkan koleksi terbarunya, sebuah kereta super keluaran Bentley berharga £165,000 (RM921,876) yang dihadiahkan oleh isterinya, Victoria.

Victoria, 35, membeli kereta itu selepas kelab bola sepak Beckham, LA Galaxy tewas dalam perlawanan akhir Piala Amerika Syarikat.

Beckham begitu gembira menerima hadiah itu dan menceritakan kehebatan kereta yang mampu mencapai kelajuan daripada 0 ke 96 kilometer sejam dalam tempoh hanya 3.6 saat.

Kereta Continental GT Supersport itu memiki kelajuan maksimum 326 kilometer sejam.

"Beckham terlalu gembira. Dia terlalu sayangkan koleksi keretanya," kata seorang teman.

Namun, berbanding dengan koleksi beg tangan Birkin bernilai AS$1.5 juta (RM5.089 juta) milik Victoria, koleksi Beckham itu kelihatan lebih berguna.

Namun, dengan koleksi pilihan yang begitu banyak, Beckham tidak memandu Bentley barunya untuk tempoh lama.

Selepas memandunya buat seketika, dia dilihat keluar dengan keluarga dengan menaiki kereta Cadillac Escalade menuju ke Nobu, Los Angeles.

Kereta terbarunya bukan Bentley pertamanya kerana sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenama itu dengan harga £170,000 (RM949,812) dan menghabiskan £70,000 (RM391,099) untuk memasang aksesori.

Bagaimanapun kereta itu ditinggalkan di England ketika dia berhijrah ke Sepanyol dan akhirnya kereta yang lengkap dengan peti sejuk, pemegang pintu bertatah berlian dan televisyen di tempat duduk belakang diiklankan untuk dijual .

Sejak berhijrah ke Amerika, Beckham kembali menambah koleksi keretanya.

Dia sering dilihat memandu Rolls Royce, Phantom Drophead Coupe hitam yang dibelinya dengan harga £300,000 (RM1.676 juta) dan digunakan untuk menjemput anak-anaknya dari sekolah.

Posh pula lebih suka memandu Porsche berharga £100,000 (RM558,713) yang sudah diubah suai dengan tandatangan di tempat kepala dan rim bertatah berlian.

Beckham turut memiliki kereta sama yang dibelinya dengan harga £200,000 (RM1.117 juta).

Bagaimanapun, setiap kali keluar dengan keluarganya, mereka lebih kerap dilihat memandu Jeep Wrangler yang berharga hanya £24,000 (RM134,091).

Beckham turut memiliki kereta Aston Martin, V8 dan DB7 selain kereta Lamborghini Gallardo yang berharga £120,000 (RM670,455).

Koleksinya dilengkapi kereta Ferrari, 360 Spider, F430, F550 dan 550 Maranello.
p/s: Banyak duit bolehla...

Lukisan Tubuh Menakjubkan






LUKISAN tubuh adalah seni yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu.

Namun, bagi seorang artis Amerika Syarikat, ia masih relevan hingga ke hari ini.

Craig Tracy melukis imej yang menakjubkan pada tubuh manusia sebelum merakam mereka dalam pelbagai gaya unik.

Koleksi mahakarya yang dihasilkannya boleh dianggap sebagai sebahagian daripada lukisan tubuh terbaik di dunia oleh seorang artis.

"Ia satu bentuk seni lukisan yang semakin berkembang walaupun ia adalah seni visual kedua tertua di dunia selepas melukis dalam kotoran," kata Tracy, 42.

"Saya gemar berkongsi sesuatu dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa seni itu menyeronokkan."

Hasil lukisannya begitu hidup dan anda boleh dimaafkan sekiranya terfikir bahawa anda merenung mata seekor harimau bintang bersama kupu-kupu ketika melihat karyanya berjudul 'Butterfly.'

Sebenarnya, haiwan itu dilukis pada tubuh manusia dan lantai di belakangnya.

Seekor cheetah yang seolah-olah berlari pantas, bunga mata hari yang mengagumkan, malah gambar kilat yang menyambar di tengah lautan adalah sebahagian daripada mahakarya yang menakjubkan dihasilkan oleh pelukis berasal dari New Orleans ini.

Tracy melukis pada tubuh sukarelawannya hanya selepas memutuskan apa yang hendak dilukis selepas menemui mereka.

Dia menghabiskan masa sehingga sembilan jam untuk menggunakan cat air untuk menghasilkan lukisan pada tubuh sukarelawannya sebelum merakam gambar mereka.

Bekas pelukis ilustrasi itu mula melakukan lukisan tubuh pada 2002 dan membuka galerinya di New Orleans lima bulan selepas taufan Katrina melanda bandar berkenaan pada 2005.

Galeri Painted Alive yang dibuka pada Februari 2006 kini dinamakan Galeri Craig Tracy.

Ia dipercayai galeri pertama yang dikhususkan untuk lukisan tubuh.

Sebahagian lukisannya hanya menggunakan sukarelawan sementara yang lain dia turut menggabungkan penggunaan tirai latar untuk memberi kesan lebih mendalam pada karyanya.

Dalam lukisannya berjudul 'Butterfly' - yang menggabungkan muka harimau bintang dan kupu-kupu, Tracy melukis mata haiwan itu pada lantai sementara mukanya dilukis pada belakang tubuh seorang sukarelawan wanita yang meniarap.

Model yang mahu mengambil bahagian dalam karyanya datang secara sukarela dari Britain, Jerman dan seluruh Amerika Syarikat.

Tracy akan memutuskan apa yang hendak dilukisnya selepas melihat bentuk tubuh sukarelawan berkenaan untuk mendapatkan ilham.

Dia mungkin menghabiskan masa dua hari untuk merancang sebelum mula melukis.

Bulan lalu, Tracy ke China untuk melukis wanita di sana sempena meraikan acara lukisan tubuh yang diadakan buat pertama kali di negara itu.

p/s: Orang kita tak boleh buat macam ni, sama macam tatu.

Buat Duit Dengan DapatWang.com

Kali ini mungkin ulasan aku tentang satu program yang aku rasa ramai yang dah tahu sebab program ini agak panas terutamanya bagi golongan-golongan yang hendak buat duit cepat. Bagi aku, ini bukan program buat duit yang cepat sebab ianya memerlukan skill dan promosi yang berterusan untuk melayakkan kita dapat komisen dari program sebegini. Sebelum aku ulas dengan lebih jauh, nama program tersebut adalah Program Dapatwang.com

Program Dapatwang ini lebih bersifat kepada PTC atu pay per view/impression. Kita akan dibayar berdasarkan klik yang kita dapat. Klik apa? Jika ada sesiapa yang klik referrals link kita, kita akan dapat komisen dari situ berdasarkan pakej yang kita ambil. Biasanya antara Rm0.10 hingga RM0.30 bagi nilai 1 klik. Cincainya, jika korang ambil pakej Bronze di Dapatwang.com ni, korang perlu bayar RM50 dan akan dapat produk seperti Software eCover Creator, Audio Web Creator, PDF Creator dan Video Web Creator. Kira oklah tu sebab kebanyakkan produk ni mahal juga harganya. Jadi, agak berbaloi jika kita bayar RM50 itu. Malah, kita diberikan peluang untuk buat duit dengan program ini. Bagi pakej bronze, 1 klik bersamaan dengan RM0.10. Jadi, jika 100 klik, korang akan dapat RM10 dan boleh request payout. Bagi aku ianya tidak susah untuk mendapatkan klik. Cuma perlu bijak ketika mempromosikan produk ini.

dapatwang


Selain itu, korang juga berpeluang untuk buat duit jika ada sesiapa yang register under korang. Kiranya korang akan dibayar jika ada orang register under korang dan bayar untuk beli pakej-pakej yang ditawarkan oleh program Dapatwang ini. Bagi aku, program ini sudah banyak bermain di market international, cuma dimarket Malaysia, memang tak banyak yang kekal. Aku harap program ini boleh kekal dengan lama agar boleh jadi salah satu program PTC yang hebat.

Yap. Aku tahu ada orang memandang rendah program ini dan tak kurang juga yang rasa sukar untuk buat duit dengan program ini. Aku faham. Tapi itu hak korang untuk berbuat demikian. Namun, jika ada yang berminat untuk buat duit dengan program ini, sila fikir satu benda. Seandainya anda tak dapat buat duit langsung dengan program ini, sila jangan declare yang program ini menipu anda. Sila salahkan diri sendiri. Mana-mana program pun, kita kena usaha dengan sungguh-sungguh. Barulah kita boleh buat duit, bukan? Jika ada yang kata program ini alah skim murahan atau trik murahan untuk mengaut keuntungan hanya untuk admin, itu aku tak pasti. Jika korang dah join dan ada pengalaman dengan program ini, barulah korang boleh kata demikian. Kalau tak pernah join, atau baru join seminggu dua, jangan buat spekulasi yang bukan-bukan. Aku bukan memihak kepada sesiapa, tapi ianya tidak adil jika korang menghukum sesebuah program atau teknik tanpa mencubanya terlebih dahulu.

Tapi lain ceritanya jika program yang korang join tu, tak bayar langsung. Sistem support yang lembab dan ada unsur-unsur yang meragukan. Jadi, berhati-hati jika mahu sertai mana-mana program dan pilih program yang rasa sesuai dengan korang. Jika korang tak suka dengan program Dapatwang, tak apa. Boleh join program lain. Tapi jika berminat, boleh sahaja daftar dan mula buat duit dengan program ini.

Boleh daftar kat sini :


Yap. Nama program ini agak pelik. Tapi mungkin owner program ini ada strategi tertentu. Aku lihat sudah ramai yang sertai program ini. Beribu orang dah join pakej Bronze dan beratus yang dah join pakej Gold dan Silver. Jadi, aku rasa program ini memang menarik ramai orang. Jadi, mahu join atau tidak, aku dan owner program ini tak mahu paksa. Korang boleh selidik sendiri dan program ini hanya untuk orang Malaysia kerana IP address bagi setiap klik wajib datangnya dari Malaysia. Ip luar negara takkan dikira.

Salam Aidiladha

daftar

Dikesempatan ini, InsaKhai
ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban.

Ujian Untuk Orang Rabun Jauh

Orang yang penglihatannya normal akan nampak Einstein dalam gambar di bawah. Kalau anda rabun jauh, akan nampak Marilyn Monroe.

Jika anda (normal) melihat Einstein dalam gambar ini, jarakkan diri anda beberapa meter dan anda akan nampak Marilyn Monroe.


Malaikat Izrail Juga Akan Mati


Setiap yang bernyawa tentu akan mati. Menurut Ahli Sunnah, mati itu satu perkara yang wujud dan dijadikan, malah dapat dilihat.

Oleh itu, mati adalah salah satu daripada makhluk Allah SWT. Dengan sendirinya mati itu dijadikan oleh Allah SWT. Kematian itu adatnya menyebabkan terpisahnya roh daripada jasad, dan pada hakikatnya yang memisahkan roh daripada jasad itu adalah Allah SWT.

Bagaimanapun, secara majaznya, kerja mencabut nyawa sudah ditugaskan oleh Allah SWT kepada malaikat maut, Izrail. Malaikat maut itu mempunyai ramai pembantu daripada kalangan malaikat yang ditugaskan untuk menyempurnakan tugas ini.

Kadangkala mencabut nyawa itu disandarkan kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Zumar ayat 42 dengan firman-Nya yang bermaksud: "Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya ketika matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan..."

Namun, kadangkala kematian itu disandarkan kepada malaikat maut seperti dalam surah al-Sajadah ayat 11 yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)..."

Adakalanya juga, urusan mengambil nyawa itu dijalankan oleh malaikat pembantu yang ditugaskan untuk mencabut nyawa seperti dalam surah al-An'am ayat 61 yang bermaksud: "Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia dimatikan oleh malaikat Kami, dan malaikat Kami itu tidak lengah terhadap tugasnya."

Bagi pembaca sekalian, jika kita sudah memahami bahawa setiap jasad itu pasti akan merasai mati, maka dengan sendirinya semua kalangan malaikat termasuk Izrail sendiri akan mati.

Begitu juga iblis dan syaitan juga semuanya tidak terlepas daripada kematian. Haruslah kita yakini bahawa kerja untuk mencabut nyawa itu, amat mudah bagi Allah SWT melakukannya, ataupun malaikat maut itu juga boleh mencabut nyawanya sendiri.

Semua ini tidak mustahil berlaku. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa malaikat maut itu akhirnya akan mencabut nyawanya sendiri dengan penuh kehalusan, tetapi kesakitan yang dirasakan tidaklah pula digambarkan.

Setiap makhluk akan rasai kematian apabila tiba masa

Menu Hari Ini...Kek Coklat

Kek Coklat Tanpa Butter

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
Resepi yang Insa&Khai biasa buat. Cubalah.

Blog Blog Bicara (Kasi Lebih) Sempoi

Assalamualaikum......

Hari ini seseorang telah menulis di ruangan chat dan menjemput kami ke sebuah blog.. blog yang penuh dengan blog... nama blog ni:
CLUB BLOG BICARA SEMPOI

Blog Blog Bicara Sempoi adalah blog yang tersenarai blog-blog yang kebanyakannya blog peribadi dari pelbagai golongan.. baik dari yang muda, tua, miskin dan kaya.. tidak kisah lah siapa anda.. yang pasti anda sudah memiliki sebuah 'blog' sudah menulis berbagai-bagai cerita.. pelbagai maklumat, pelbagai petua, pelbagai tips dan trik. Blog ni ada hadiah menarik menanti bloggers yang membuat ulasan (review) terbaik..

Bagi yang tak tahu, nak tahu tujuan kami buat blog? Insa tau tak tujuan kita buat blog? Khai lupa lah...hehehe....Macam ni cerita ringkasnya:
Sedang kami tengah boring tahap gaban hari tu...(bulan September kalau tak silap) Tetiba je terfikir nak buat blog. Tujuan:
1. Ceritakan pengalaman sendiri
2. Tentang hukum hakam agama&nasihat(nasihat bukan saje untuk orang lain, malah untuk kami juga)
3. Mengumpul cerita2 @ gambar2 yg menarik
4. Kadang2, copy dari pengalaman menarik orang lain
5. Last sekali, buat duit lebih(mana la tahu InsaKhai boleh jadi kaya...hehehe)

Sesiapa yang nak join club ni, silakan....ERAT SILATURRAHIM
(klik banner)

Sesat 600 Kilometer di Australia


CANBERRA: Seorang lelaki warga tua yang memandu kenderaannya untuk membeli akhbar tidak menyangka beliau terpaksa membuat perjalanan lebih 600 kilometer selepas tersesat jalan dan memasuki persimpangan salah di sebuah lebuh raya di Australia, kata polis.

Selepas memandu terus menerus selama sembilan jam dari pekan Yass di New South Wales ke Geelong di Victoria, Eric Steward, 81, yang tidak mengetahui kedudukannya, mengambil keputusan memberhentikan kereta untuk bertanya arah jalan kepada seorang anggota polis di sebuah stesen minyak.

“Saya memasuki persimpangan salah dan mengambil keputusan terus memandu. Saya tidak sangka akan pergi sejauh ini,” kata Stewart yang dipertemukan semula dengan keluarganya menerusi bantuan polis semalam.

Bunuh Isteri Ketika Tidur


Cekik mangsa kerana mimpi van diceroboh


SWANSEA: Seorang lelaki berdepan dengan tuduhan membunuh isterinya, memberitahu mahkamah di sini kelmarin, dia mencekik pasangannya ketika berjalan dalam tidur.

Bapa kepada dua anak, Brian Thomas, 59, dan isterinya Christine, 57, sedang tidur di dalam sebuah van yang diletakkan di tempat letak kereta ketika mereka sedang makan angin Julai tahun lalu.

Thomas berkata, dia bermimpi penceroboh memasuki van mereka dan bergelut dengan penceroboh itu lalu mencekiknya.

"Saya bermimpi bergelut dengan mat rempit yang mengganggu kami di tempat letak kereta lain. Saya sangkakan budak-budak itu menceroboh van kami tetapi selepas sedar saya terperanjat melihat isteri saya yang menjadi mangsa.

"Saya bermimpi dan selepas sedar, saya terperanjat dengan apa yang saya lakukan,' katanya di mahkamah Swansea.

Selepas polis tiba, Thomas memberitahu mereka: "Saya membunuh orang yang saya sayangi."

Thomas memberitahu polis sebelum kejadian itu beberapa 'mat rempit' mengganggu ketika pasangan itu meletakkan kereta di tepi laut di of Aberporth, barat daya Wales.

Pegawai pendakwa, Paul Thomas QC, berkata: "Tertuduh yakin seorang daripada mat rempit itu menceroboh dan bergelut dengannya.

"Mungkin benar dia bermimpi kerana tidak ada penceroboh dalam van itu dan orang yang dicekik ialah isterinya sendiri."

Beliau berkata pihak pendakwa tidak mahu mensabitkan kesalahan membunuh ke atas Thomas kerana daripada keterangan perubatan dia mengalami masalah berjalan dalam tidur yang kronik.

"Ini kes luar biasa. Tertuduh mengaku membunuh isteri dan pihak pendakwa tidak mahu keputusan sabit kesalahan dijatuhkan atas tuduhan membunuh atau membunuh tanpa niat." katanya.

Jus Mate 5 (JM5 )Terhangat & Top Masa Kini!

Tempah sekarang!!!!!



JUS DIET MATE 5 (klik untuk tempahan)

  • merupakan satu revolusi baru produk diet
  • Diformulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM)
  • Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah 'biotech' terkini
  • berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan
  • menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian
  • merupakan satu formula yang begitu istimewa
  • ramuan-ramuannya yang terpilih diadun dan bertindak balas dengan harmoni. (klik untuk info selanjutnya)

Kebaikan Jus Diet Mate 5
  • Mudah
  • Berkesan
  • Semulajadi
  • Selamat
  • Tanpa Rasa Lapar
  • Tanpa Rasa Sakit
  • Tanpa Bersenam
  • Bertenaga dengan minda yang cergas
  • Menyihatkan jantung
  • Bagus untuk kencing manis dan darah tinggi
  • Membantu kesuburan wanita
  • Bagus untuk saraf dan sendi
  • Melancarkan usus
  • Merawat masalah kemurungan, susah tidur
  • Merawat migrane dan gastrik
  • Mengatasi masalah stroke mengurangkan kolestrol

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Assalamualaikum...

Buat adikku Nurul Haadiah dan seluruh rakyat Malaysia yg sedang menjawab soalan, semoga success dalam SPM. Jawab soalan dengan yakin & teliti, jangan gubra......



InsaKhai ingin berkongsi 2 dari 10 petua menghadapai peperiksaan :

1. Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

2· Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50% apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri, anda boleh menjawabnya.

Selamat Berjaya...

Kereta Paling Mahal Di Dunia: Senarai Top 11 2009-2010

Korang nak tahu? Pemegang rekod kereta yang paling mahal di dunia adalah The 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe yang dijual sebanyak RM29 juta pada tahun 1987. Walau bagaimanapun, kereta tu tak akan disenarai di sini sebab dah tak ada di pasaran. Memang tak dapat dibayangkan orang jenis apa yang sanggup berbelanja sebanyak tu ke atas sebuah kereta. Baik guna untuk benda lain yang berfaedah. Tapi kan, kalau korang memang dah kaya raya tahap gaban dan tak tahu dah macam mana nak belanja, korang mesti teringin nak simpan beberapa buah kereta sport idaman dalam garaj(buatlah garaj besar2). Kat bawah ni ada 10 buah kereta termahal dunia dan terdapat di pasaran.

1. Bugatti Veyron RM5.7 juta. Setakat ni, kereta ni lah yang paling mahal yang ada kat jalan raya (jalan Malaysia xde lg kot). Kereta ni dapat memecut hingga mencapai 0-60 dalam 2.6 saat. Dipercayai ia adalah kereta yg terpantas dgn kelajuan 253 mph+(1mile -> 1.61kilometer, kira s'diri). W'bagaimanapun, gelaran sebenar bagi kereta yang terpantas jatuh kpd SSC Ultimate Aero(senarai ke-6 di bwh) yg melebihi 254 mph memintas kereta ni yg berada di tempat ke 2 bagi kereta terpantas.

Bugatti Veyron: Most Expensive Car in The World

2. Lamborghini Reventon RM5.4 juta. Lamborghini yg paling power dan termahal pernah dibuat berada di tempat ke-2 dlm senarai. Mengambil masa 3.3 saat utk m'capai 60 mph dan ia berkelajuan sehingga mencapai 211 mph. Kereta ni sangat mahal sebab limited 20 buah je ada(sape cpt dia dpt) dan design dia yang sangat 'ummph'.
Lamborghini Reventon side view

3. McLaren F1 RM3.3 juta. Pada tahun 1994, kereta McLaren F1 paling mahal dan paling laju masa tu. Walaupun dah 15 tahun, kereta ni berkeupayaan memecut sehingga 240 mph dan dapat mencapai 60 mph dalam 3.2 saat. Sehingga hari ini, McLaren F1 masih top on the list dan ia mengatasi banyak kereta sport lain.

McLaren F1 Orange with doors open

4. Ferrari Enzo RM2.3 juta. Ni lah kereta sport yang paling glamour. Enzo ni dapat memecut sehingga 217 mph dan mencapai 60 mph dalam 3.4 saat. Sebanyak 400 unit yg dibuat dan kini ada yg dijual melebihi RM3.4 juta pada jualan lelong.

Ferrari Enzo track run front view

5. Pagani Zonda C12 F RM2.2 juta. Dibina oleh sebuah syarikat indie kecil di Italy, Pagani Zonda C12 F ini adalah kereta ke-5 terpantas dunia. Kereta ni dijanjikan dapat memecut sehingga 215 mph+ dan ia dapat m'capai 0-60 dalam 3.5 saat.

Pagani Zonda C12 F: 2nd Most Expensive Car in the World

6. SSC Ultimate Aero RM2.15 juta. Jangan kelabu mata bila tengok tanda harga, sebab kereta ke-6 termahal ni sebenarnya adalah yang terpantas di jalan raya(jln kampung bleh lalu ke??) dengan kelajuan maksima 257 mph+ dan mencapai 0-60 dalam 2.7 saat. 'Baby' ni berharga separuh lebih rendah berbanding dgn Bugatti Veyron, namun m'punyai cukup power dalam speed race berbanding dgn kereta mahal lain. Dianggarkan cuma 25 buah telah dibina.

SSC Ultimate Aero 3rd most expensive car in the world

7. Saleen S7 Twin Turbo RM1.85 juta. Pengeluaran sebenar kereta sport pertama Amerika yg disahkan. 'Koboi' ni juga tersenarai di tempat ke-3 bagi kereta terpantas dunia. Mampu m'capai kelajuan sehingga 248 mph+ dan ia dapat memecut 0-60 dalam 3.2 saat. So, org2 Amerika bangga ler dgn kereta ni...

Saleen S7 Twin Turbo white

8. Koenigsegg CCX RM1.84 juta. Buatan Sweden, Koenigsegg(bukan Ridsect) berusaha nak jadi juara dunia dari aspek kelajuan. Hakikatnya, kereta ni berada di tempat ke-4 dgn kelajuan sehingga 245 mph+, Pembuat Koenigsegg ini takkan mengalah dan akan menyambung utk try lagi jadi terpantas. Cayok2!

Koenigsegg CCX side view

9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster RM1.67 juta. Sebuah kereta super GT, SLR McLaren ini adalah kereta bertransmisi auto terpantas di dunia dgn kelajuan 206 mph+ dan mencapai 60 mph dalam 3.8 saat. Kereta mewah ni berhud dengan enjin yang sgt power, yang mana membuatkan ia sebuah kereta berprestasi cemerlang dan bergaya.

Mercedes-Benz SLR McLaren Roadster side front view

10. Porsche Carrera GT RM1.48 juta. Sebuah supercar dengan kawalan kestabilan dinamik dan berkelajuan sehingga 205 mph+ dan dapat mencapai 0-60 dalam 3.9 saat. Porsche Carrera GT ini berkait rapat dengan kereta lumba sebenar, menawarkan satu perasaan pemanduan yang belum pernah berlaku di jalan raya. Macamana tu erk?

Porsche Carrera GT

11. Mini Austin Morris InsaKhai RM9.5 ribu. Kereta Mini ini adalah sebuah kereta kecil yang telah dihasilkan oleh British Motor Corporation (BMC) dan penggantinya daripada 1959 sehingga 2000 . Mini yg asal dianggap sebagai ikon pada tahun 60an. Pada 1999 kereta Mini telah diundi sebagai kereta paling berpengaruh abad ke-20, di belakang Ford Model T . Walaupun kecil, ia mampu berkelajuan sehingga 90 mph+ dan dapat mencapai 0-60 dalam 39 saat. Hehehe.....
vroooommmm....!

Jom Kita ke Singapura


Satu perkataan terbaik untuk Singapura, ia “unik”.

Sebuah bandar raya yang dinamik dan kaya dengan kontras dan warna, anda akan menemui satu campuran selaras budaya, masakan, seni dan seni bina di sini. Dilimpahi dengan tenaga, dinamo kecil di Asia Tenggara ini mewujudkan kedua-dua Timur dan Barat.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) 2009 kempen Reasons to enjoy Singapore, melalui kerjasama dengan rakan kongsi industri, bertujuan untuk memberi pelawat-pelawat dengan menawarkan pakej pelancongan dan promosi berkualiti serta pengalaman menarik pada nilai yang sangat berbaloi.

Kebanyakan daripada promosi ini berkisar mengenai acara menarik di Singapura. Dalam bulan berikutnya, pelawat boleh melihat pelbagai acara menarik seperti:
  • 2009 FORMULA 1 SINGTEL SINGAPORE GRAND PRIX & Singapore GP Season (September)
    Salah satu acara baru supaya pelawat-pelawat boleh melihat ke hadapan tahun ini adalah F1 ROCKSTM, sebahagian dari Singapura GP Season. F1 ROCKSTM akan melengkapkan gaya hidup dan hiburan mengelilingi dunia hanya di malam perlumbaan FORMULA ONE dengan barisan artis-artis antarabangsa, seperti Beyonce, N*E*R*D dan Jacky Cheung.
  • One City Three Festivals (Ogos-Oktober)
    One City Three Festivals mempamerkan warisan pelbagai budaya di Singapura dengan Mid-Autumn Festival, Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Deepavali.
    • Hari Raya Aidilfitri (14 Ogos – 27 September)menunjukkan berakhirnya itu bulan puasa untuk masyarakat Islam Singapura
    • The Chinese Mid Autumn Festival (19 September – 17 Oktober) adalah meraikan hari ke-15 bagi bulan qamari (lunar) kelapan, dengan tanglung dan kuih bulan yang sedap
    • Deepavali (18 September – 25 Oktober) meraikan kemenangan cahaya menentang kegelapan (baik mengenai jahat) dan adalah pesta paling penting dalam kalendar Hindu
  • Singapore Sun Festival (Oktober)
    Singapore Sun Festival kembali dalam tahun ketiganya dengan aktiviti-aktiviti dan persembahan yang menggalakkan Living Well. Anda akan menikmati 500 artis-artis antarabangsa, kedaerahan, mengenai 180 acara dan memilih daripada satu pameran sesi kesihatan.
  • Christmas in the Tropics (November-Disember)
    Persembahan perayaan khas, membeli-belah di sepanjang kawasan membeli-belah Singapura, di kawasan kejiranan, dan di Marina Bay. Anda semua akan mendapat semangat Krismas yang sempurna.

Dengan rakyatnya yang mesra dan ramah, infrastruktur terkini dan acara baru setiap hari, Singapura adalah satu destinasi percutian unik yang lain dari yang lain.

Ketahui lebih banyak tentang Singapura di www.visitsingapore.com

3 Alam Yang Berlainan

Alam Remaja

Ada Masa + Tenaga...tapi Takde Duit


Alam Pekerjaan

Ada Duit + Tenaga …tapi Takde Masa


Bila dah Tua

Ada Masa + Duit...tapi Takde Tenaga


................................

Sudahkah Anda Baca Yassin Hari Ini?

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:

* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

* Jika terpenjara akan dibebaskan.

* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

* Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

Jawatan Kosong Di Wakaf Tapai Terengganu


KARAS TIMBERTECH ENGINEERING SDN. BHD. (TRG)

Tukang kayu diperlukan segera

Mahir & separuh mahir
Lelaki 21 tahun ke atas dan 45 tahun ke bawah
Hubungi : 013 933 0116 (En. Aziz)

Pakailah Tudung Tutuplah Aurat

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).

Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam...

**** Kopi & pes sbg peringatan & renungan..

from !! BUJANG SUSAH !!

Kemalangan Atas Jambatan Sultan Mahmud K.TRG

Gambar kemalangan yang sempat Khai ambil semasa pulang dari shopping dgn Insa kat Giant Kuala Terengganu. Masa berlaku: 8:30pm 07/11/09

Kesesakan lalulintas akibat daripada kemalangan


Kereta yang terlibat....sampai terbalik tayar ke atas!

p/s InsaKhai:
SAYANGI NYAWA ANDA........
INGATLAH ORG YG TERSAYANG......

Seni Mayat 'Dr. Maut'


‘DR Maut’ warga Jerman, Gunter von Hagens, baru-baru ini mengawet bangkai gajah dan dijangka menggunakannya untuk satu pameran besar-besaran sedikit masa lagi.

Pengumpul mayat itu yang selama ini mengawet mayat supaya tahan selama-lamanya dengan teknik ‘plastination’ (menggunakan plastik) bagi dipamerkan di seluruh dunia, menggunakan bakat uniknya terhadap bangkai gajah berkenaan, Samba.

Gajah itu mati tahun lalu pada usia 41 tahun di Zoo Neukirchen, Jerman. Bangkai mamalia itu didermakan kepada Institut Plastination von Hagens untuk diawet, menjadikannya cabaran terbesar pernah dihadapi pasukan itu.

Dengan ketinggian lebih 3.96 meter dan berat 3,200 kilogram, proses mengawet Samba memakan masa 65,000 jam untuk menjadikannya bintang terbaru koleksi pameran von Hagens.

Samba si gajah

“Tiga puluh lima orang terbabit dalam kerja itu dan Samba akan dibawa pulang ke Jerman untuk dipamerkan tahun depan,” kata von Hagens yang dikritik pemimpin gereja kerana pamerannya yang menakutkan.

Mereka mendakwa doktor itu tidak menghormati maruah si mati. Sebelum ini, dia pernah mempamerkan orang mati melakukan aksi seks dan seorang ibu hamil bersama-sama janin dalam kandungannya.

Ibu & Janin

Bagaimanapun, di tanah airnya, von Hagen di anggap wira dan mempunyai senarai menunggu orang yang berharap untuk menjalani proses plastination - satu teknik pengawetan mayat yang dipeloporinya.

Perhentian pertama Samba apabila pulang ke Jerman ialah di zoo tempat dia mati akibat sakit jantung. Von Hagens mencipta teknik plastination pada penghujung 1970-an dan mula membuat pamerannya yang menakutkan di Tokyo pada 1995. Sejak itu dia menjelajah pelbagai negara di Amerika Utara, Eropah dan Asia, dengan yang terbaru, di Singapura.

Pakar anatomi itu mencetuskan kontroversi sepanjang kariernya dan mendapat bantahan besar-besaran apabila melakukan pembedahan mayat di depan sekumpulan penonton yang membayar untuk melihat secara langsung pembedahan itu.

Digelar pembedahan secara terbuka pertama mayat manusia di depan khalayak ramai dalam tempoh 170-tahun, acara itu menunjukkan von Hagens mengeluarkan organ dan kulit daripada mayat seorang lelaki Jerman berusia 72 tahun.

Ketua Etika Persatuan Perubatan Britain mengecam pameran itu dengan menyifatkannya sebagai ‘penghinaan dan tidak menghormati’ perasaan orang lain.

Aksi lompat tinggi

Pada Januari 2004, majalah Jerman, Der Spiegel mendakwa von Hagens mengguna mayat bekas banduan yang menjalani hukuman mati di China. Doktor itu bagaimanapun berkata, dia tidak tahu asal usul mayat yang digunakan untuk pamerannya.

Pameran von Hagens, Body Worlds: The Original & The Cycle of Life biasanya membabitkan mayat tanpa kulit dengan otot dan organ didedahkan sementara mayat itu diletakkan dalam kedudukan seperti orang hidup.

Menurutnya, mayat yang digunakan dalam pameran itu biasanya daripada mereka yang bersetuju untuk mendermakan mayat mereka untuk tujuan pendidikan.

Von Hagens dan isteri, Angelina Whalley, melakukan proses plastination, teknik pengawetan yang menyahkan air daripada mayat sebelum pengawetan dilakukan mengguna getah silikon atau damar.

p/s: tolong awet ikan paus...

Doa Memohon Perlindungan Dari Kejahatan Semua Makhluk


Ya' Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.


Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

  • Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

  • Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

  • Menu hari ini...Kuih Bakar


    Bahan-bahannya :

    2/3 cawan gula
    1/2 cawan jus pandan atau (1 sudu kecil pes pandan + 1/2 cawan air)
    3/4 hingga 1 cawan tepung
    400 ml santan kelapa
    3 telur
    1/4 sudu kecil garam
    2 sudu besar mentega
    bijan yang dipanggang (toast)

    Caranya :

    1. Panaskan oven sehingga 180 C (360 F)
    2. Blend semua bahan di atas, kecuali bijan.
    3. Lumurkan mentega ke dalam bekas dan tuang campuran tadi.
    4. Percikkan bijan tadi di atasnya.
    5. Bakar selama 45 minit atau 1 jam.


    To Farlisa...cubalah :)

    Mungkin Giliran Kita Masih Tertunda

    GEMPA besar berukuran 7.6 pada skala Ritcher kembali menggoncang Sumatera Barat yang berpusat di 50 Kilometer (km) di Barat Utara dari Kota Padang. Sehari sebelumnya berlaku kejadian gempa dan tsunami di Samoa iaitu pada jam 6.48 pagi waktu tempatan.

    Jika diingat, di bulan Ramadan yang lalu, gempa bumi besar juga berlaku di Jawa Barat selain kejadian Tsunami di Acheh yang mengorbankan ratusan nyawa masih segar dalam ingatan kita.

    Bagi kita di Malaysia, mungkin berasa sedikit 'bergoyang'. Syukur kerana gegaran itu tidak menyebabkan kejadian buruk.

    Malah, ada yang agak celupar dengan berkata “Ah, Indonesia, biasalah gempa.” Na'udzubillah min zalik. Janganlah kita takbur kerana nanti lebur. Sebenarnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari kepada kita.

    Yang terbaik, kita perlu memanjatkan doa semoga dapat terus menikmati kehidupan aman dan selamat. Betul ke kita selamat kalau kita masih berjauhan dengan Allah?


    Mulut kita mungkin dekat dengan Allah dengan cara berzikir, beristighfar dan baca surah Yasin, tetapi jika hati dan perbuatan kita masih bercanggah dengan suruhan-Nya bermakna kita masih dalam golongan ingkar.

    Secara dasarnya kita perlu menitikberatkan soal ibadat wajib yang dituntut kepada kita dan meninggalkan segala bentuk perbuatan haram seperti mengambil riba, 'free love' yang boleh diibaratkan sebagai ‘gempa rohani’ yang amat dahsyat dalam kehidupan sekarang.

    Mungkin Allah belum menghukum kita dalam bentuk gempa bumi seperti di Padang atau giliran kita masih tertunda. Yang pasti, setiap kejadian itu adalah tanda kekuasaan serta peringatan kepada hamba-Nya.

    Kekafiran serta murtad terbukti menjadi penyebab kepada datangnya hukuman daripada Allah. Ini tercatat dengan jelas dalam sejarah perjalanan umat manusia terdahulu.

    Sudah berapa banyak kaum yang dimusnahkan Allah dalam bencana alam lantaran kekafiran mereka yang menjadi-jadi.

    Kita wajib belajar daripada pengalaman sejarah lalu. Mencintai Allah dengan segala aplikasinya adalah cara terpenting bagi manusia mendekatkan diri kepada-Nya dan menghindari diri daripada perkara boleh mencelakakan.

    Sesungguhnya sangat berat ujian yang dialami saudara kita yang ditimpa bencana itu. Bagi mangsa kejadian gempa bumi ini, dengarlah hadis nabi yang bermaksud:

    “Syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan berperang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

    Kehidupan ini seperti sebuah dewan peperiksaan yang penuh dengan soalan yang mesti di jawab. Begitulah juga kita diuji dengan pelbagai ujian. Ada kala kita diuji dengan kesusahan dan malapetaka seperti yang dialami saudara kita di Indonesia dan kepada kita yang menyaksikan tragedi ini jangan pula lupa dan alpa dengan ujian kesenangan yang diberikan.


    Kelalaian membuatkan kita menjadi derhaka. Ujian secara langsung buat kita di sini adalah apakah kita merasakan penderitaan yang mereka tanggung di sana? Apakah bentuk sumbangan kita kepada mereka?

    Penyatuan jiwa antara golongan seagama ini amat penting dan ia ibarat mulut yang mengadu kesakitan ketika tangan tersepit di pintu yang turut terasa sakitnya di seluruh tubuh.

    “Barang siapa tidak peduli dengan penderitaan orang beriman maka tidak termasuk golongan orang beriman”.

    Selagi nafas masih berdenyut, mata masih boleh memandang, mulut masih berucap, telinga masih mendengar, kaki masih mampu berjalan, marilah kita memanjatkan kesyukuran dan di limpahan nikmat yang diberikan. Jika tidak keberatan, kita perlu sama-sama menghulurkan bantuan setakat termampu buat saudara kita yang ditimpa kesusahan.

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim).

    Robot Cakap Arab


    MAVRIDIS (kiri) bersama robot Ibn Sina.


    AL-AIN - Sebuah makmal di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mencipta robot pertama di dunia yang bertutur dalam bahasa Arab.


    Pengeluaran besar-besaran robot berkenaan yang dinamakan Ibn Sina, sempena nama cendekiawan dan saintis Islam kurun ke-11 yang dikenali sebagai Avicenna di Barat itu akan dilakukan tidak lama lagi.


    Robot Ibn Sina itu akan digunakan untuk menjadi 'pekerja' seperti penyambut tetamu, kakitangan jualan dan pembantu kedai di pasar raya.


    Ia direka oleh sepasukan saintis terdiri daripada pelajar Universiti UAE yang diketuai oleh Profesor Madya Nikolaos Mavridis di bandar raya Al-Ain, Abu Dhabi dalam wilayah UAE.


    Sebagai usaha untuk menyiapkan robot itu mirip Ibnu Sina yang lahir di Bukhara, Uzbekistan, robot itu dipakaikan jubah putih dan serban manakala wajahnya pula mempunyai janggut putih.


    Ibn Sina dilengkapi modul perisian yang membolehkan ia melihat dan mengecam wajah serta objek di samping sistem sokongan bagi memproses, memahami dan membalas percakapan. - AFP




    Menu Hari Ini...Sup Ketam Penawar Denggi



    Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini .

    Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

    Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

    Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

    Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

    Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

    Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

    Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

    Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

    Sumber - Ibu Kesuma

    Mudahnya Minum Bir


    Senangnye nak beli...


    Tindakan segelintir umat Islam di bandar Pantai Timur ini dilihat bebas membeli dan minum minuman keras yang dijual di pasar raya dan kedai serbaneka tanpa mempedulikan orang ramai yang melihat gelagat mereka, mencemari kesucian agama.

    Gelagat mereka seolah-olah memperlekehkan peraturan melarang umat Islam membeli minuman keras yang diletakkan di setiap premis menjual minuman memabukkan itu.

    Na'uzubillah....

    Misteri Kampung Kembar


    SEBAHAGIAN daripada 220 pasangan kembar perkampungan Kodinhi bersama keluarga mereka.

    Fenomena pelik di sebuah kampung kecil di India cetus tanda tanya

    KAMPUNG anak kembar. Inilah gelaran paling layak bagi sebuah perkampungan di India yang memiliki lebih 220 pasangan kembar pelbagai peringkat umur.

    Fenomena pelik tetapi satu realiti itu berlaku di perkampungan Kodinhi, di pedalaman Kerala, yang bukan saja mencipta kejutan tersendiri, tetapi turut membingungkan kalangan pegawai perubatan.

    Angka 220 pasangan kembar bagi sebuah perkampungan yang dihuni kira-kira 2,000 keluarga sememangnya menakjubkan kerana nisbahnya yang enam kali lebih tinggi berbanding purata kelahiran kembar pada peringkat global.

    Apa yang berlaku di Kondinhi hanya mengulangi kejadian sama di sebuah perkampungan di Pur Umri, dekat Allahabad, pada 2004 lalu yang mana satu bagi setiap 10 kelahirannya juga kembar.

    Jika dilihat secara keseluruhannya di India, kelahiran kembar bagi setiap 1,000 penduduk di negara itu adalah pada kadar 45 bayi bagi setiap 1,000 kelahiran. Oleh itu, apa yang berlaku di Kondinhi disifatkan sebagai amat menghairankan.

    Di perkampungan ini, seramai 15 pasangan kembar dilahirkan daripada kira-kira 300 kelahiran pada tahun lalu. Malah, keajaiban itu tidak terhenti setakat itu apabila lebih ramai lagi pasangan kembar dijangka dilahirkan tahun ini.

    Oleh itu, jika berkesempatan mengunjungi Kondinhi, jangan terkejut jika anda melihat ramai berwajah seiras yang usianya dalam lingkungan sebulan hingga 65 tahun.

    Malah, pasangan kembar bermain atau berjalan sekitar perkampungan Kodinhi di daerah Maluparam, selatan India itu sudah menjadi satu pemandangan biasa di sini.

    Dalam tempoh lima tahun lalu, misalnya, seramai 60 pasangan kembar dilahirkan dan angka itu bukannya berkurangan, sebaliknya terus meningkat saban tahun.

    Menyedari keunikan kampung mereka, sekumpulan penduduk bertindak mewujudkan Persatuan Anak Kembar atau ringkasnya, Taka.

    “Persatuan ini ditubuhkan bagi tujuan mengumpul dan memberi bantuan kepada pasangan kembar serta keluarga mereka,” kata Puallani Bhaskaran, 50, Presiden Taka serta bapa sepasang kembar lelaki.

    Apakah punca fenomena ini? Apakah pada diet atau makanan diamalkan penduduk itu atau mungkinkah mereka ada rahsia tersendiri yang memungkinkan kejadian pelik ini?

    Buat masa ini, bukan saja orang biasa seperti kita sukar mentafsirkan kejadian pelik ini, tetapi pakar perubatan seperti Dr Krishnan Sribiju yang sudah terbabit dalam penyelidikan kelahiran kembar, termasuk di Kodinhi juga kehairanan.

    Baginya, apa yang pasti, beliau tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar pasangan kembar di Kondinhi itu jauh lebih tinggi daripada 200 pasangan yang didaftarkan secara rasmi di perkampungan itu.

    Dr Sribiju juga yakin angka sebenar pasangan kembar di sini mungkin antara 300 hingga 350 pasangan. Anehnya, bilangan kelahiran kembar itu bukannya berkurangan sebaliknya terus meningkat setiap tahun.

    Kalangan penduduk mendakwa fenomena itu berlaku sejak tiga generasi lalu tetapi Dr Sribiju, sebaliknya menganggarkan ia mungkin berlaku kira-kira 60 hingga 70 tahun lalu.

    Biarpun bersandarkan ilmu perubatan, Dr Sribiju mengakui kesukaran merungkai misteri berkenaan kerana tidak mempunyai kemudahan seperti peralatan analisis kimia bagi meleraikan fenomena itu.

    “Mungkin juga ia ada kaitan dengan aspek pemakanan serta air yang diminum penduduk perkampungan Kondinhi. Tetapi ini pun cuma andaian, bukannya satu kepastian,” katanya dipetik media tempatan.

    Pakar perubatan itu juga menolak kaitan pasangan kembar ramai itu dengan pencemaran bahan asing berikutan keadaan kembar yang dilahirkan sihat serta sempurna tanpa sebarang kecacatan.

    Lebih mengelirukan, tiada sebarang bantuan perubatan bagi kehamilan seperti kaedah rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) kerana kebanyakan penduduknya miskin.

    Fakta perubatan menunjukkan kebanyakan kelahiran kembar membabitkan ibu berusia lanjut, tetapi di Kondinhi, sebahagian besar ibu beranak kembar ini masih muda kerana ramai yang berkahwin pada usia 18 hingga 20 tahun.

    Satu lagi fakta perubatan menyatakan, kebanyakan ibu yang melahirkan anak kembar mempunyai ketinggian lebih 5 kaki 3 inci tetapi di Kondinhi, ibu pasangan kembar itu kira-kira 5 kaki.

    Kesemua fakta ini membuktikan apa yang berlaku di Kondinhi sememangnya satu fenomena pelik, bukan saja dari sudut sains dan perubatan tetapi juga sosial.

    Apa yang menarik, siapa pun tidak menduga, kampung yang serba serbi mundur dan miskin dengan kedudukannya yang jauh di pedalaman, sebaliknya mewah dengan barisan pasangan kembar yang sekali gus mempopularkan Kondinhi di kalangan masyarakat asing.

    INFO: Fakta kembar

    • Purata 125 juta kembar di seluruh dunia
    • Nigeria mencatat bilangan kembar tertinggi di dunia iaitu satu bagi setiap 20 kelahiran yang dikaitkan dengan makanan utamanya, keladi yang mengandungi bahan penggalak kesuburan
    • Penduduk kulit hitam menjadi etnik miliki anak kembar tertinggi iaitu 1 : 77 kelahiran
    • Di Amerika Syarikat, nisbah kelahiran kembar adalah 1:80 kelahiran
    • Nisbah kembar tiga 1 :10,000 kelahiran
    • Sejarah masyarakat China sebelum ini menyifatkan kelahiran kembar sebagai memalukan
    • Wanita berusia 35 hingga 39 tahun lebih berpeluang besar memiliki anak kembar berbanding ibu muda
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...