TOLONG BERI TAHU

Share |

Lukisan Tubuh Menakjubkan






LUKISAN tubuh adalah seni yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu.

Namun, bagi seorang artis Amerika Syarikat, ia masih relevan hingga ke hari ini.

Craig Tracy melukis imej yang menakjubkan pada tubuh manusia sebelum merakam mereka dalam pelbagai gaya unik.

Koleksi mahakarya yang dihasilkannya boleh dianggap sebagai sebahagian daripada lukisan tubuh terbaik di dunia oleh seorang artis.

"Ia satu bentuk seni lukisan yang semakin berkembang walaupun ia adalah seni visual kedua tertua di dunia selepas melukis dalam kotoran," kata Tracy, 42.

"Saya gemar berkongsi sesuatu dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa seni itu menyeronokkan."

Hasil lukisannya begitu hidup dan anda boleh dimaafkan sekiranya terfikir bahawa anda merenung mata seekor harimau bintang bersama kupu-kupu ketika melihat karyanya berjudul 'Butterfly.'

Sebenarnya, haiwan itu dilukis pada tubuh manusia dan lantai di belakangnya.

Seekor cheetah yang seolah-olah berlari pantas, bunga mata hari yang mengagumkan, malah gambar kilat yang menyambar di tengah lautan adalah sebahagian daripada mahakarya yang menakjubkan dihasilkan oleh pelukis berasal dari New Orleans ini.

Tracy melukis pada tubuh sukarelawannya hanya selepas memutuskan apa yang hendak dilukis selepas menemui mereka.

Dia menghabiskan masa sehingga sembilan jam untuk menggunakan cat air untuk menghasilkan lukisan pada tubuh sukarelawannya sebelum merakam gambar mereka.

Bekas pelukis ilustrasi itu mula melakukan lukisan tubuh pada 2002 dan membuka galerinya di New Orleans lima bulan selepas taufan Katrina melanda bandar berkenaan pada 2005.

Galeri Painted Alive yang dibuka pada Februari 2006 kini dinamakan Galeri Craig Tracy.

Ia dipercayai galeri pertama yang dikhususkan untuk lukisan tubuh.

Sebahagian lukisannya hanya menggunakan sukarelawan sementara yang lain dia turut menggabungkan penggunaan tirai latar untuk memberi kesan lebih mendalam pada karyanya.

Dalam lukisannya berjudul 'Butterfly' - yang menggabungkan muka harimau bintang dan kupu-kupu, Tracy melukis mata haiwan itu pada lantai sementara mukanya dilukis pada belakang tubuh seorang sukarelawan wanita yang meniarap.

Model yang mahu mengambil bahagian dalam karyanya datang secara sukarela dari Britain, Jerman dan seluruh Amerika Syarikat.

Tracy akan memutuskan apa yang hendak dilukisnya selepas melihat bentuk tubuh sukarelawan berkenaan untuk mendapatkan ilham.

Dia mungkin menghabiskan masa dua hari untuk merancang sebelum mula melukis.

Bulan lalu, Tracy ke China untuk melukis wanita di sana sempena meraikan acara lukisan tubuh yang diadakan buat pertama kali di negara itu.

p/s: Orang kita tak boleh buat macam ni, sama macam tatu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...