TOLONG BERI TAHU

Share |

Beranak Ekspress

sekadar gambar hiasan

Hari Ini Nikah Esok Bersalin

MELAKA: Tidak sampai 24 jam selepas diijab kabul dan bergelar isteri, seorang wanita yang sarat mengandung melahirkan bayi perempuan, awal pagi semalam.

Ibu muda berusia 21 tahun itu melahirkan anak di Hospital Melaka (HM) kira-kira jam 6 pagi selepas dimasukkan ke wad enam jam sebelum itu kerana mengadu sakit perut.

Wanita itu bernikah dengan pasangannya berusia 28 tahun dan turut mengadakan majlis perkahwinan mereka di rumah keluarganya di sini walaupun mengetahui dirinya hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu meriah seperti pasangan pengantin baru lain dengan kedua-dua mempelai bersanding dan diarak dengan kompang.

Bagaimanapun, kelahiran anak tidak sah taraf pasangan itu dibongkar Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sebaik menerima aduan mengenainya.

Berikutan itu, sepasukan anggota penguat kuasa Jaim diketuai Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani pergi ke HM untuk mengambil keterangan pasangan terbabit.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita terbabit baru melangsungkan perkahwinan walaupun mengetahui sudah sarat mengandung.

Katanya, ketika disoal, suami wanita terbabit turut berada bersama-samanya.

“Wanita berkenaan faham apabila diberitahu dia melakukan kesalahan melahirkan anak luar nikah dan pasangannya mengakui bersubahat melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu mengakui terlanjur selepas pertama kali berkenalan pada April lalu dan hasil hubungan haram beberapa kali itu menyebabkan wanita berkenaan hamil.

“Kehamilan wanita terbabit diketahui keluarganya dan pasangan itu dinikahkan semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit diberi notis saman hadir untuk disoal siasat dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, wanita berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 54 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana hamil luar nikah.

“Manakala, lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 55 enakmen sama kerana bersubahat melakukan persetubuhan haram.

“Sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan itu boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

p/s:Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang?

2 comments:

  1. salam,..kalau zaman akak dulu..ada kes macam ni..riuh sekampung..tapi sekarang benda ni macam biasa je...ada pulak yang kata "baguihla...depa berani...mengaku..masih ramai yang lari dari tanggungjawab"...entahlah...tak terjawab...serabut,,,

    ReplyDelete
  2. salam kak siti,

    zaman sekarang dah tak macam dulu. Dengan 1 klik je bleh dapat tengok macam2, tak kira baik @ buruk, halal @ haram.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...