TOLONG BERI TAHU

Share |

Kereta Bintang Bola Sepak Inggeris




Dengan gaji lumayan, tidak hairan jika pemain Liga Perdana Inggeris mampu berbelanja besar bagi mendapatkan kereta mewah idaman mereka.

Kebanyakan pemain memang kaki kereta dan mereka mengikuti perkembangan dunia permotoran dengan penuh minat.

Berikut koleksi kereta beberapa bintang EPL.

Wayne Rooney

Berbekalkan pendapatan lebih STG100,000 seminggu, penyerang Manchester United ini mampu memiliki Lamborghini Gallardo, Bentley Continental GT, Range Rover, Aston Martin Vanquish dan BMW M6.


Steven Gerrard

Kapten Liverpool ini mempunyai cita rasa tinggi dalam memilih kenderaan idaman. Dia memiliki Porsche 911 Turbo, Mercedes SLK, Aston Martin Vanquish, BMW X5, Bentley Continental dan Range Rover Sport HST.

Rio Ferdinand

Pemain pertahanan Manchester United ini terkenal dengan gaya rambut dan kereta mewahnya. Ferdinand memiliki Cadillac Escalade 4x4, trak Ford F150, Bentley Arnage, Bentley Continental serta BMW X5.

John Terry

Kapten Chelsea ini juga tidak gentar berbelanja besar dan pernah sekali membelanjakan STG80,000 bagi membeli jam tangan. Koleksi keretanya adalah Ferrari F430 Spider, Range Rover Sport, BMW X5, Porsche 911 Turbo dan Bentley Continental.

Frank Lampard

Pemain tengah Chelsea ini memandu Ferrari 612 Scaglietti, Aston Martin DB9, BMW X5 dan Mercedes ML63 AMG 4x4.

Michael Owen

Menerusi pembabitan yang lama sebagai pemain profesional, Owen memiliki Jaguar X-type, Range Rover V8 Vogue, Chrysler Voyager, Jaguar XKR 460 Typhoon dan Aston Martin DB7.

Jermaine Defoe

Dia memiliki beberapa SUV termasuk BMW X5 dan Range Rover Sport. Namun, jika memandu berseorangan, Defoe lebih suka menggunakan Aston Martin V8 Vantage dan Mercedes ML63 AMG.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...